Tapi terpaksa le saya sentuh, sebab kita semua akan menghadapinya.
Banyak buku2, artikel2, ceramah2 dll yang telah kita dengar mengenainya, atas kita le .. mudah2an kematian kita dalam iman dan mendapat redha Allah.
Yang saya nak sentuh ialah tentang yang baru2 ni TV9 ada sebut dalam Halaqah (20/12/2011 kalau tak salah) . Tapi saya ada hal, tak le tengok, cuma sempat tengok iklan saja.
Tapi dari iklan tu saya dapat agak sikit2 apa yang nak disampaikan, berpandukan pengalaman jadi AJK surau (sekarang bersara sekejap sebab pindah).
Bila berlaku kematian, beberapa perkara perlu disetelkan oleh waris2 (kalau tak pasti/tahu, bertanya lah kepada AJK surau atau masjid), supaya urusan berjalan lancar hingga pengkebumian. Misalnya urusan dapatkan pengesahan doktor, sijil mati, mana nak dikebumikan & hubungi pihak yg menguruskan, contact van jenazah, tukang mandi & kafan jenazah, solat jenazah, dll... (Tu yang melibatkan kos, agak berbeza mengikut tempat & keadaan).
3,4 tahun lepas di surau saya around RM600.00 sahaja. Baru2 ni kat Halaqah kalau tak salah disebut RM1330.00).
Kalau kita biasa handle perkara2 seperti ni, kita insyaAllah tak pelik & banyak musykil terhadap kos2 tu. Tapi bagi yang first time dengar, agak pelik juga kot.. misalnya, 'hai, tukang mandi jenazah kena bayar ke?' 'tukang kafan kena bayar ke?'. 'Tanah kubur kena bayar ke?' 'Van jenazah kena bayar ke?''kain kafan kena bayar ke?' dll...
Kadang2 yang bertanya tu anak2 kepada si mati yang masing2 datang bawa kereta mewah , tapi sebab tak campor masyarakat surau/masjid, depa tak faham. Memang le tak payah bayo atau bayor sikit aje, kalau semua anak si mati pakat2 uruskan sendiri (sori le, agak keras sikit ni)..
Pengalaman saya, ada jiran2 atau AJK surau/masjid yang faham agama, akan mendahulukan duitnya untuk urusan tu, dia faham keluarga sedang berduka. Lagipun hari minggu, bank tutup, mungkin duit di tangan waris ngam2 hanya cukup untuk bayor minyak kete & tol, jadi jiran/AJK yang peka tu tolong dulukan. Bila dah selesai & suasana tenang, ditunjuklah bil tu. Waris yang tak faham melenting juge le ....'mahalnya, ingatkan free'. Adik, mana ade perkara free dalam dunia ni selain antaranya udara, nyawa, anggota tubuh badan yang asli...
Guru saya ajar, jangan berkira untuk dapatkan ilmu agama ni, sebab ganjarannya sangat tinggi di sisi Allah. Untuk diri kita sendiri juga. So kalau nak cepat ilmu masuk & menyerap di jiwa, hulur2 le sikit (banyak lagi bagusss) kat penceramah2 yang datang sekali sekala kat opis ke, surau ke... lepas duit minyak & tol dia. (Apo den melencong ni..)
So, berbalik kepada tajuk di atas, rajin2 le kita amik tau hal2 ni..mudah aje, singgah mana2 surau, masjid ke & luangkan masa baca sat kat papan kenyataan. Ada surau, masjid yang menampal notis tu & ada yang tidak sempat atau tak terfikir kot..
Sebenarnya kos untuk urusan2 tu lebih penting dari kos untuk kenduri .... cuma kenduri ni dah jadi kebiasaan, jadi dibuat le tanpa ada yang mempersoalkan.
Tak pe kalau nak buat kenduri, tapi hati2 tentang sumber duit tu, sebab takut2 termakan hak anak yatim. Kalau nak buat juga jangan le hirok pikok, masak mee hoon & teh o aje, atau karipap & teh o nipis gula kurang ... yang penting anak2 & waris sama2 hadiahkan bacaan quran & doa & jadi anak yang soleh.
Lepas tu cepat2 le uruskan tentang harta2 si mati .. dengan melantik seorang yang boleh menguruskan. Sebab urusan seterusnya akan memakan masa, tenaga dll pengurus tu..
Sebagaimana post saya sebelum ni, antara carian yang boleh dapatkan maklumat tentang waris ialah "Faraid USM' . Saya beri contoh, kalau yang meninggal perempuan (isteri), meninggalkan suami, anak lelaki, anak perempuan, adik beradik kandong --> warisnya ialah suami, anak lelaki & perempun sahaja. Kalau tiada anak lelaki, adik beradik kandong ada bahagian selain suami & anak2 perempuan tu. Begitu le urusan seterusnya adalah di pejabat berkaitan.. Mereka akan memberi khidmat nasihat untuk tindakan seterusnnya.....
Setakat sini dulu, walau lebih kurang, mudah2an dapat le ilmu sikit..
member kata pucuk pokok ni sedap buat ulam .. penawar penyakit, yg menyembuhkan ialah Allah. |
No comments:
Post a Comment