Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

24 January 2012

Azan (2)

Post mengenai AZAN yang pertama ialah pada 11/8/2011.
Pada posting tu, antara digalakkan AZAN ni ialah bila kerasukan syaitan.
Bila kita rasa seseorang tu dirasuk syaitan? Apa tanda-tanda? Macam histeria? Ni pendapat & pengalaman saya. Histeria tu kira dah teruk kerasukan. Yang paling mudah adalah  dalam rumah diri kita sendiri.
Termasuk diri sendiri. Contohnya kalau kita malas bangun pagi untuk solat, tensen memanjang, rasa kosong, nak marah tak tentu pasal, tak suka pada program2 agama walau di tv, sebaliknya suka pada program2 lara & sia-sia, termasuk le kalau tengok tenet tu . Kadang-kadang program agama pun suka, yang laro pun suka, bercampor aduk ... 50,50.

Fitrah manusia memang suka hiburan, pendek kata, hiburan yang disukai tu melampau sangat2. Kalau nak berhibur tu,  pilih le yang bole mendatangkan pahala iaitu diniatkan semata2 keranaNya &  sekurang2nya program yg tak banyak menayangkan aurat perempuan berlebih2an (esp utk lelaki ni). Tak berubah, masa muda memang suka, meningkat umur pun masih tak berkurang.
Tu diri kita sendiri le..

Tentang budak2 kecil lagi le senang syaitan kacau --> biasanya meragam tak tentu pasal, membaling2 barang, mengamuk, menendang2 ibu ayahnya bila dipujuk, dll.....

So, sering la, lafazkan ayat2 AZAN tu supaya didengar telinga sendiri atau anak-anak..Kena le sabar & sabar.. Bagi anak-anak yang dah pandai AZAN sendiri, minta depa buat sendiri. Mula2 mereka susah nak lafazkan, termasuk le anak2 kecil akan semakin marah & meraung, ulang-ulang ulang... anda akan dapat lihat kesannya.
Jadikan amalan.. insyaAllah selepas seminggu, sebulan, 6bulan,setahun... 5 tahun... --> remaja, dewasa --> anda tak segan untuk azan di rumah-rumah Allah. InsyaAllah .. MasyaAllah.. Bertuahnya anda !!



Azan yang sangat indah & istimewa, tak de keterangan detail mengenai anak ni, tapi saya rasa dari Malaysia.   Bertuah ayah ibunya.
Anda juga bole ... anak-anak anda juga bole insyaAllah, cuba le dari sekarang. Banyak Youtube manfaat yang boleh dimanfaatkan.. Nak tak nak aje!! Selamat mencuba -----> Sekarang jua!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...