Tak kisah le.. tapi agak2nya ada tak yang tercapai? Masing2 bole jawab sendiri kan, kan?
Bila kenang2 mengenai cita-cita ni, teringat seorang hamba Allah (A) yang antara cita2nya yang tercapai ialah ketika dia bercita-cita sebelum baligh (around 10 tahun). Dan dia sangat2 bersyukur .
Citernya lebih kurang begini:
Masa dia kecik2 keluargaya agak susah, adik beradik ramai, bila nak tiba Hari Raya ibunya pasti sedih sebab tak mampu beli baju baru, apa lagi barang kemas (emas tulin le, zhulian pun x mampu). Kenapa barang kemas? Sebab adik beradik ibunya agak berada, dalam sesi kunjung mengunjung tu, mereka akan menayang barang2 kemas & berkata lebih kurang, "ni saya baru beli, nak Raya ni kalau tak ada malu kita, orang kata kita tak mampu, miskin sangat ...bla, bla.. "
Ibu A hanya diam, kemudian dia jawab lebih kurang begini, "tak pe le, nak beli tak mampu, lagipun orang memang tau kami ni susah. Nak buat cam mana.." sambil cuba menahan air mata dari keluar . A yang mendengar perbualan tu diam aje, hatinya geram juga, tapi dia dapat control. Bila bersendirian dengan ibunya, dia beritau ibunya, "tak pe bu, jangan sedih, nanti A belajar betul2, A akan belikan ibu. "
Ibunya jawab, "tak payah, kalau ada duit lebih, belilah ye untuk ko supaya orang tak kata, tentang ibu jangan risau, kau jadilah anak yang soleh & doakan untuk ibu & buat apa yang Allah & Nabi suruh."
'Tak bu, saya sekali2 tak nak barang2 tu, menyusahkan nanti, kalau ada duit lebih pun, saya tak mau pakai, ni saya janji & ni cita2 saya"
Masa berlalu, dipendekkan citer, apabila A dah bekerja untuk gembirakan ibunya dia beli juga. Yang kecik aje. Tapi cabaran memang ada. Kalau dulu sedara2 ibunya, kali ni rakan2 se kerja. A perhatikan kebanyakan perbualan mereka tentang barang kemas malah ada yang menggalakkan A, "wat apa kemut duit, belilah yang besar sikit, tak le malu..bla, bla.. (sama pulak butir2 ayat macam sedara ibunya masa dulu2)
Manusia tetap manusia, terpengaruh juga ... maka A beli juga, kali ni besor juge le.Tapi lepas tu hati A tak tenteram, kalau selama ni dia bebas ke sana sini, kali ni perasan macam ada orang perhatikan aje.... Fikir punya fikir.. dia jual balik barang kemas tu, walau rugi sebab harga lebih murah. Lantas teringat dia cita2 nya masa umur 10thn dulu ..agaknya Allah memang makbulkan doa ku, fikirnya.
Dia tak kisah orang kata ke .. kadang2 bila berjumpa orang2 tak pakai barang kemas kerana susah, dia dapat rasakan telah mengembirakan hati mereka, sebab mereka tak sendirian. Mudah2an mereka tak le bersedih macam ibunya dulu2 . A pun tak kisah & berlapang dada pada sesiapa yang nak pakai kerana orang perempuan memang fitrahnya suka benda2 ni.
Yang A nak highlight ialah tentang itulah antara cita-citanya masa kecik2 dulu, apo nak buek. Benar lah, fikirnya, & ramai penceramah agama pun kata, anak2 yang lum baligh, masih bersih .. kalau dia berdoa pasti Allah makbulkan.
So, mintalah anak2 yang lum baligh berdoa yang baik2 , 10, 15, 20, 30, 40 , 50 akan datang ..baru kita realise ''o, ini yang aku pernah doa masa kecik2 dulu".
Tapi yang dah baligh & tua? .. Teruskan lah bercita-cita & berdoa dengan tulus ikhlas.. & usaha. Tapi dlm kes A ni, dia tak perlu usaha. Lain le dia bercita2 nak pakai barang2 kemas yang bersilih ganti.. tu dia kena usaha le cari duit.....hehe...
ameko, besornya kalung.. |
saya pun dah tak ingat cita2 sya masa kecil dulu..tapi teringat arwah ayah pesan jangan jadi cikgu dan polis..hihi
ReplyDeletedia tak bg jadi cikgu sebab kerjanya susah dan tanggungjawab besar. melihat kepada kerja mak sebgai cikgu yang berdepan dengan anak murid dan IBU BAPA yang banayak kerenah sampai terseret ke balai polis, dan polis dr pengalaman ayah, ada polis yang korup sebab polis sangatlah terdedah kepada benda tu..:)
sekarang ni saya br habis master, jadi surirumah dulu..sekarang cita2 nak jadi pensyarah..insyaallah
Rulza, org2 tua ni bila dia dah alami pahit maung & cabaran masa dia keja dulu2, klu dapat mereka tak mau anak2nya ceburi bidang tu sbb takut2 tak sekuat mereka menghadapinya. Sama le juga saya, sy masa keja dulu bnyak involve dgn kontraktor, bnyak cabarannya. Sbnarnya semua kerja ada ujian, kerja sendiri pun sama, sbb apa jua kerja akan terpaksa involve org ramai/pelanggan/masy dll.
DeleteSo niatlah kerana Allah & kuatkan iman. InsyaAllah ok. di samping saranan org2 lebih pengalaman boleh juga dijadikan panduan.
Cita2 saya sekarang nak bukak bisnes...
ReplyDeleteCita2 yg bagusss sekali. Saya doakan semuga berjaya. Amin.
DeleteAntara cita2 saya ialah tak nak keja lama sangat & nak dalami ilmu agama, & nak amalkan & kembangkan di kalangan keluarga & masy, tu masa kira2 > 20thn lepas. Alhamdulillah Allah kabulkan.