Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

03 January 2012

Naik Pangkat

Di sekeliling kita, dapat diperhatikan mereka yang naik pangkat. Kita pun mungkin dah merasai juga. Syukur. Macam2 cerita & tanggapan mengenainya.  Ada yang dikatakan memang patut pun si dia tu naik pangkat,  dan ada juga yang dikatakan hanya bermodalkan kabel & ampu.
Tu rezeki masing-masing le (rezeki dari segi harta le..).

Lumrah & lazimnya, seseorang yang nak naik pangkat mesti le mamatuhi syarat2 tertentu, misalnya dah lulus peperiksaan tertentu,  masa interviewnya menawan hati tukang interview dll... maka cuba le penuhi syarat-syarat tu sebagai usaha, ikhtiar & sebab musabab. 

Dan jangan lupa doa, 'Ya Allah, sekiranya kenaikan pangkatku ini baik bagi ku, keluarga & agamaMu, makbulkanlah, sesungguhnya aku menyerahkan kepadaMu urusanku , kerana Kau lah sebaik-baik pengurus untukku'.
Kalau sekiranya gagal naik pangkat, kita tak le frust sangat, kerana telah bersandar pada Allah. Ada le hikmahnya tu!!

Mana tau, lum diizinkan Nya, kemungkin dgn kenaikan pangkat tu, kita terus mendebik dada,atau  klu selama ni sempat  berjemaah di rumah2 Allah waktu maghrib atau Isyak, sbb naik pangkat terus sibuk, hingga tak dapat berjemaah atau pelan2 lupa Allah. Wana'uzubillah.

Walau bagaimana pun, cuba lagi,jangan putus asa,  insyaAllah akan diberinya yang terbaik di sisiNya di masa lain pula di kala kita telah bersedia . Selepas 2, 3, tahun nanti biasanya barulah kita nampak hikmahnya, kenapa dulu tu tak diizinkan naik pangkat. Rupa2nya Dia nak beri yang lebih baik di sisiNya.

Harta tu penting, lebih2 lagi kalau bersyukur & tambah2 dekat padaNya.  Lain orang tak sama diberi rezeki harta benda --> apa yang penting, sumber yang halal, & ketaatan padaNya.

Belajor, jgn tak belajor..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...