Bila sekarang ni heboh tentang isu buang bayi, bayi tak sah (luar nikah) & seumpamanya, saya teringat satu cerita sedih.. Lama dulu diceritakan oleh kawan saya. Saya masukkan dalam blog ni mudahan2an memberi manfaat. Sebelum tu saya berpesan2 pada sesiapa yang baca blog ni, berhati-hati la ye apabila kamu sudah ada 'spesial', tapi masih lum nikah..
Berbalik kisah sedih tu bukan disebabkan hubungan tak sah atau seumpamanya, tapi disebabkan masaalah KOMUNIKASI.. ya! Yg pakar motivasi selalu kempen la ni.. iaitu KOMUNIKASI..
A gadis anak sulung dari 5 adik beradik yang ibu ayahnya bekerja. Bila ibu ayah bekerja kurang le komunikasi sejak A kecil hingga remaja, melainkan yang penting-penting aja. Pulak tu ibu ayahnya jenis agak pendiam. Satu hari ketika A lebihkurang 18 tahun, ia pergi ke rumah makciknya & semasa membelek2 koleksi lama album makciknya ada le gambar2 perkahwinan (+ sanding2, renjis2 gitu le) kedua ayah & ibunya. Lama A merenung photo2 tu, tiba2 hatinya sebak, sebab gambar2 tu tak de dalam simpanan album ayah ibunya. Tu le first time dia tengok, sebab selama ni kalau dia tanya pun ibunya akan kata, dah tak de... terbakar.
Kemudian matanya terpandang tarikh pada gambar tu, 1.1.1973. Ditenung lagi. Betul le. Dia mencongak2 tarikh lahirnya 19.6.1973. Berderau darahnya.. (Saya rasa pembaca dapat fikir kenapa A gelisah). Ok le saya tolong congakkan, kalu ikut pekiraan A bermakna dia dilahirkan kira-kira 5 bulan lebih dari tarikh kawin kedua ibu bapanya. Tak cukup bulan!! Maknanya..apa tu? itu le yang A fikirkan..
Kerana takut, segan, masaalah komunikasi dll maka si A tak le berani/tergamak bertanya pada makciknya, apalagi kedua ibu bapanya. Macam2 le yang difikirnya spr,... no wonder le gambar2 tu tak de disimpan oleh ibu bapanya (entah2 sengaja dibakar)... Syaitan pun tolong mengipas2nya maka lepas tu jadilah A seorang yang pemurung, kadang2 pemarah, melawan/rebellious, semakin tak mesra dgn ibu bapa & adik beradik yang lain dsbnya...
Dia tak sangka betul sebab kedua ibu bapanya kelihatan warak, tutup aurat/tudung labuh, sering ke majlis2 ilmu,surau dll.. pendek kata memang baik agamanya le.. malah A & adik2nya kedua ibu bapanya le yg mengajar ngaji & agama sikit2. Ibunya perasan ttg perubahan sikap A tu, bila ditanya dia hanya jawab ..tak de apa2... (sebenarnya dia serba salah... klu ia beritau ibunya bermakna akan membongkar semula kisah lama kedua ibu bapanya.. malu le mereka..)
Dalam pada itu perangai negatif A berlarutan sehinggga beberapa tahun..yang kadang2 membuatkan ibunya menangis senyap2..
Dipendekkan cerita, semasa di U, A mengadu pada ustazah masaalahnya...(wlu malu), sbb memikirkan kalau nikah nanti, layakkah ayahnya jadi wali? ... Ustazahnya buat solat hajat beberapa kali, satu hari dia jumpa A & minta A dapatkan surat nikah kedua ibu bapanya...itu le caranya..
Macam mana ye? Ni isu sensitif.. saja2 minta surat nikah tanpa sebab..... rumit, rumit..
Akhirnya dapat juga A surat nikah kedua ibu ayahnya (itu pun dia puas bongkar kat laci semasa ibu bapanya outstation)...tapi tulisan jawi.. dia faham le sikit2.. tarikh nikah...19.8.1972.. betul ke ni? dia bawa surat nikah tu kepada ustazahnya & confirm le.. tarikh nikah 19.8.1972. Bermakna A lahir setelah kira2 10 bulan lebih ibu ayahnya menikah? Kenapa dia tak tahu?
Ha... ni le yg saya nak bincangkan... puncanya ialah KOMUNAKASI... tak de komunakasi.. masing-masing2 tak amik kisah & tak bercerita sebab perkara tu tak penting & Tak de silapnya klu tak tau ibu bapa kita dulu nikah kat mana dsbnya (saya rasa dari 10, mungkin 1 org yang komunikasinya terover yang amik tau hal2 ttg pernikahan / sanding2 ibu ayahnya dsbnya), tapi bayangkan kesan yg timbul kerana ilmu komunikasi tak ada. lansung. Tu le sebabnya, sekarang ni kalau dengar pakar2 motivasi, asyik2 komunikasi, asyik2 komunakasi.. zaman saya dulu2 pun tak de ilmu tu..
Tapi memang penting sekarang.. dulu2 saya suka tengok siri Nanny 991.. agaknya mat saleh ni pasal ilmu komunakasi dia over /tak malu bertanya/terbuka.. sbb tu maju kot.. cuma ttg Islam dia org lambat dapat maklumat.. (sekarang ni cuba jengok2 Youtube Convert To Islam, Deen Show ke dsbnya....)
Berbalik kisah sedih si A, lepas tu baru le dia tahu, ibu bapanya nikah dulu (org2 dulu2 kata nikah gantung) kenduri kecil2an sebab ayahnya kena pi kursus obersea mengejut. Kenduri besar2 + sanding2 tu, setelah ayahnya balik bulan Dis 1972. Ttg gambor2 dah tak de dlm simpanan ibu bapanya, memang dah dibakar oleh ibunya..sebab bila dia sedar dulu2 buat majlis tak ikut Islam (renjis2 & tak tutup aurat), jadi dia nak tutup kisah lama & tak mau anak2 & org lain tengok. Dia tak tau makcik A ada simpan.
So..konklusinya... jangan le pendiam sangat, bertanya le, berbual2 le..berbincang le.. tapi jangan sampai tegang & berbalah..
Beza umur kadang2 memang agak susah untuk kesesuaian, cuba le, cuba le, cuba le.... dgn berlapang dada & positif...
Amik kisah A sbagai ikhtibar... berapa lama dia memendam rasa & benci thd kedua ibu bapanya.. Nak salahkan siapa? Ntah le.. (mak cik dia kot!!)
Panjang cerita den ni..bole buat drama. Den pun mmg sedih bila dengar cerita ni.
"
salam..at first,ingatkan si A tu anak luar nikah..hehe.. apa2 pun,nice story. semuanya berdasarkan komunikasi. tanpa komunikasi yang betul,segalanya akan jadi kacau bilau. zaman skrg,komunikasi mmg penting utk elakkan fitnah dan macam2 lgi.. thanks makmas sbb sudi share cerita ni.. =)
ReplyDeleteWsalam.. salah satu contoh ringkas ialah sms ibu ayah, tanya kabar & doakan mereka.. subhanaullah..buat sesuatu yg Allah suka..
ReplyDelete