Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

31 March 2011

Baca, Faham, Hayati, Amal & Sebarkan (4)

Terjemahan Surah Hud (surah 11 dlm Juz 12):

Ayat 113:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan;

114:
Dan dirikanlah solat pada 2 bahagian siang (pagi & petang) & pada ketika waktu permulaan malam (Maghrib & Isyak), sesungguhnya amal2 kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah2 Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat;

115:
Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan.

116:
Maka sepatutnya ada di kalangan umat2 yang telah dibinasakan dahulu, orang yang teguh beragama yang melarang kaumnya daripada perbuatan2 jahat di muka bumi, (tetapi sayang! tidak ada yang melarang) melainkan sedikit sahaja, iaitu orang yang Kami telah selamatkan antara mereka. Dan orang yang tidak melarang itu hanya mementingkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka & jadilah mereka orang yang berdosa.

117 & 118:
Tuhanmu tidak sesekali mahu membinasakan mana2 negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Kalaulah Tuhanmu menhendaki, tentulah Dia menjadikan kamu umat yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) & kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

119:
Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, untuk itulah Allah menjadikan manusia, & dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu, "Sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan sekelian jin & manusia (yang berdosa),"

120:
Setiap berita daripada berita rasul2 itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran & pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.

121:
Katakanlah kepada orang yang tidak beriman: "Buatlah apa sahaja yang kamu sanggup lakukan. Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (perintah Tuhan kami);"

122:
Dan tunggulah! Sesungguhnya kami juga menunggu,"

123:
Allah jualah yang mengetahui rahsia langit & bumi & kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia serta berserahlah kepadaNya. (Ingatlah), Tuhanmu tidak sesekali lalai akan apa yang kamu lakukan.

Sumber: AlQuran Mushaf Msia (Yayasan Restu)

Pendirian/Pendapat saya ttg isu2. peristiwa semasa yang Allah beri peluang kita dengar,saksikan ekoran  ilmu it canggih dll  yg Allah kurniakan kepada hamba2Nya yang tertentu;

Mula2 (& kalau dapat kekalkan hingga akhir hayat) diri saya sendiri hendaklah kembali pada Allah (bertaubat, muhasabah diri, menghadiri majlis2 ilmu (membaca, bertanya, dll), cuba perbaiki/tingkatkan amal ibadat, cuba buang sifat2 mazmumah & ganti dgn sifat2 mahmudah, mana2  isi quran,  hadis2,  pendapat2 ulamak yang berselisihan, saya berlapang dada.. ---> tapi mana yang saya lebih condong utk ikuti, saya serah pada Allah dengan solat2 hajat dsbnya.  Orang lain mungkin berbeza setelah melalui proses yang sama.. saya berpendapat , itu adalah hak masing2 yang Allah beri pada masing2. Dan tak mustahil kecondongan itu boleh berubah......disebabkan kita mohon pada Allah, saya berpegang Allah lah yang memandu..

"Hanya Allah ku serahkan segala urusan & keputusan kerana kesempurnaan mutlak  itu milik Allah"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...