Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

15 March 2011

Motivasi 2

....  sambung..

Pelan Tindakan:

1) Buat apa yang orang gagal/malas tak buat
(proaktif, cepat bertindak, tak kumpul/tangguh kerja/last minit dll)

2) Tidak merasa malu dengan pekerjaanya asal tak bertentangan dgn Islam & tak menyusahkan masyarakat .
(contoh: malu nak bertanya. Atau malu nak ke surau atau masjid)

3) Hati sentiasa ingat pada kerja yang belum beres.

4) Tidak mudah kecewa kalau gagal malah berusaha hingga berjaya (ada hikmah sebaliknya). Tak mudah putus asa. (sesetengah pegawai atasan kadang2 nak test kita, nak tengok reaksi & tindakan kita.
Contoh, elakkan dari berkata: "tak boleh, susah le,  tak pernah dibuat orang ..." dsbnya, sedangkan belum cuba. Sebaliknya katakan :"insyaAllah saya cuba.." dgn diiringi senyum, doa pada Allah. (Buat dulu kalau tak jadi baru boleh kata rumit dsbnya..
(Tamb:  sepatah kata Ming Ming (salah satu watak Wonder Pets : "Tak rugi kita mencuba, wiii!!!")

5) Mengetahui potensi kebolehan kita & digarap hingga berjaya. Tapi cuba elakkan masuk campur bidang orang lain (melainkan diminta pendapat dll), atau pun terlampau banyak yang nak dicuba, akhirnya satu pun tak menjadi/serabut.

Berhenti Dari Memusuhi Diri Sendiri:

1) Contoh ----> Tidak Yakin.
Bila yakin, akan dicuba, cuba & cuba hingga puas & berjaya. di dunia.  (kejayaan sebenarnya ialah syurga). Sifat 'cukuplah', atau tak amik kesah lansung seperti "pedulilah, gagal --gagallah", atau buat sambil lewa, tak bersungguh2. (bukan hanya rujuk pada pekerjaan atau belajar, tetapi juga dalam ibadat spr perbaiki solat, solat berjemaah, mengaji &  faham isi quran dll)

2) Buang sifat2 tak baik (mazmumah ---> dengki, fitnah,ego, sentiasa rasa betul, dll,) sebaliknya ganti dgn sifat2 mulia (mahmudah).
Contoh : Kalau kita boleh buat sesuatu & bos pula sentiasa suruh, elakkan merungut spr "aku saja yang buat, mentang2 aku dulu pernah buat", sebaliknya berlapang dada, syukur kerana konsep amal soleh adalah mencari redha Allah. InsyaAllah Allah kurnia ganjaran  dunia & akhirat ..  Tak perlu risau apa org kata. Bos suruh kita tu bukannya buli, sebab dia yakin & tahu kita memang berupaya. Kadang2 penat, memang penat & tensen.. tapi nak dapat ganjaran kena lah penat & susah dulu kan?

Dalam ibadat  pun begitu, kalau orang  lain tak terdaya, elakkan merungut setelah bebarapa kali diajak, sebaliknya kita yang buat banyak, teruskan dgn program & rutin kita & doakan mereka.

Nota: Perlu diingat, kalau kita berjaya, akan ada orang yang tak senang, oleh yang demikian perlulah bijak mengatasinya .. lebih2 lagi mohon lah pertolongan dari Allah. Yang penting kita dipihak benar.

2 comments:

  1. "yg penting kita di pihak yg benar"... nmun hanya dgn ILMU sj kita tahu kita dpihak yg benar...
    istiqamah dlm "doing the RIGHT things" & bezakan dgn "doing things RIGHT"...
    in doing the right things ~ anda akan diuji hebat sehingga mrk yg benar2 mpunyai internal strength sj yg tetap istiqamah dlm senyuman...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...