Dulu2 kita sering diingatkan ttg sifat pemurah ni tak elok disebut lebih2, nanti dikhuatiri timbul riak dsbnya. Ada benarnya juga. Tapi sekarang ni ada pendapat yg membolehkan dgn niat utk dicontohi asalkan tidak berlebihan & menyakitkan hati pihak2 lain. Saya berpegang pada pendapat terkini, apa lagi kalau orang tu dah meninggal, bagus untuk disebut kebaikannya , sebab dia memang tak akan riak, sama le kita menyebut2 kebaikan, kemurahan para sahabat & orang dulu2.
Post kali ni ditujukan khas utk generasi Sailan, untuk mengingatkan bahawa atuk, moyang kamu Hj Sailan seorang yang sangat pemurah, suka tolong orang lain, pentingkan ilmu, juga dalam ilmu agamanya. Bertanya le kepada anak2 Hj Sailan yg daripada isteri pertama (ibu ayah & tok kamu), tentang keperihatinan Hj Sailan terhadap ilmu kerana kebanyakan mereka mendapat ilmu esp agama direct daripada Hj Sailan. (Antara kisahnya, diceritakan dalam buku cenderamata ketika perhimpunan 2003 dulu)
Untuk berkongsi cerita, saya ingin catatkan sedikit memori, kisah mengaji quran.
Kami anak2 dari isteri ke3 Hj Sailan tidak belajar mengaji direct dari bapa, kami rasa sebab keadaannya yang agak uzur. Pernah satu ketika (ketika umur ku around 9-10tahun) guru mengaji cuti. Masa tu le Hj Sailan kata: "meh, bapa ajar". Kami pun belajar le dengannya dgn hati agak kecut, sebab bapa agak serious & garang. Last2 kami tak belajar ngaji pun, tapi belajar isi quran. Sebab dia terangkan makna ayat2 yang dibaca. Bagi saya yg masa tu kecik, apa yg saya terfikir bukan isi quran tapi ialah, "handal juga bapaku ini. Siap hafal makna2nya sekali".
So kepada genarasi Sailan, jangan putus menimba ilmu yang menfaat, dan bertanya lah esp kepada ibu ayah kamu yang sekarang ni sering menambah2 ilmu dgn majlis ilmu, kerana selain ilmu, mereka ada pengalaman berharga.
1) Hj Sailan (meninggal pd usia 86 thn pd 1986) diusia lanjutnya akan selalu kelihatan berbasikal smbil mbawa pungkis & cangkul di kg...
ReplyDelete2) tujuannya? ~ utk menutup lubang2 dijlnraya akibat hujan & lecak(waktu tu tanah merah)dgn mencangkul tanah ditepi jln & mnguna pungkis utk mengangkut tanah ...
3) knp beliau bbuat bgitu wpun sudah tua & tidak brp kuat & sihat? ~ jwb beliau itulah cabang iman..
4) iman itu 70 cabang (stgh kata 77)..bmula dgn semudah "mengucap" sehinggalah mbuang halangan di tempat org lalu lalang spt kayu, kaca, lubang etc...
5) Allahyarham bapaku memang seorang yg mengamalkan ilmu yg dipelajari & diketahuinya...
semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah Atok Sailan..
ReplyDelete