Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

29 March 2011

Baca, faham, Hayati, Amal & Sebarkan (3)

(Luqman berkata) "wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yg baik atau yg buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tentu akan dibawa oleh Allah (utk dihakimi & dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Menghalusi lagi Maha Mengetahui".       (surah Luqman - 31/juz21/ayat 16)

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat & suruhlah (manusia) berbuat kebaikan, serta laranglah (manusia) daripada melakukan perbuatan yang mungkar serta bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan2 yang diwajibkan".  (Luqman/ayat 17)

"dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia & janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka pada setiap orang yang bersikap takbur, lagi membangga diri".    (Luqman/18)

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk2 suara ialah suara keldai " (Luqman/19)

(dari AlQuran Mushaf terbitan Yayasan Restu)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...