Teringat pesan penceramah dalam radio laama dulu, iaitu dalam Islam tak de pekerjaan yang saja-saja, resultnya sia-sia, so rugi le. So niatkan lah kerana Allah untuk SEMUA tindakan/perbuatan/perkataan dll, samada berintenet ke, memandu, musafir ke, makan, menegur, marah ke, tido ke, naik bas ke..dll. pendek kata apa jua, . termasuk le kahwin. So sapa-sapa dulu yang berkahwin lupa nak niat kerana Allah (mungkin dulu niat utama kerana pangkat, cantik, pandai masak/menjahitnya, hitam manisnya, kasihan, dll...), bole le niatkan sekarang (tak pe), sebab dulu kita jahil...
Apa den merepek ni? Kata nak cerita pasal bas. Alright, alright..
Kisah 1:
Baru-baru ni sambil2 tunggu bas untuk balik ke Kemaman, saya ternampak seorang lelaki tua (bukan Islam) tadah tangan. Perasan kasihan & simpati saya luahkan melalui perbualan ni, dia pula macam peramah & fasih berbahasa Melayu:
Saya (S) : En, saya simpati & kasihan pada awak (sambil senyum), nak hidup tenang, happy . tak?
Dia (D) : Nak, nak,..macam mana tu?
S: Ni ha, masuk Islam. Awak boleh habiskan masa dengan menyebut2 nama Allah, pergi surau, masjid...
D: Saya suka tu, kalu masuk Islam dapat duit tak?
S: Mula2 niatkan le kerana Allah, otomatik dapat duit, makan percuma, tak payah minta2, ada jalannya kalu awak mau, insyaAllah.
D: Macam mana nak masuk Islam?
S: Awak pergi masjid negeri, jumpa imam, awak beritau yg awak berminat nak masuk Islam, tanya dia macam mana. Awak tau masjid negeri kan? Jangan malu & takut untuk pi sana..Awak ada keluarga?
D: Tak de..saya sorang aje.
S: Lagi senang ..
Perbualan berhenti sampai sini sebab bas dah smpai.. Saya pernah terbaca & dengar kat radio IKIM baru2 ni kat Seremban telah ada bangunan untuk golongan begini samade di bawah Majlis Agama & juga NGO.. ..(tengok le kalau ada masa balik Sbn nanti .. buat follow up..kita usaha, selebihnya serah pada Allah)
Ringkas aja... dalam bas. Sedang syok2 memandang luar menikmati panorama ciptaan Yang Maha Kuasa...tiba-tiba... sapa pulak merokok ni..takkan le ada penumpang yg tak peka... semput dada den.. aduhai!! tak selesanya!! Kan dalam bas dan tempat2 publik tak leh merokok!!..
Ku toleh kiri kanan, depan belakang, tak de pun nampak asap.. last, last...aduhai!! hok ni den lum leh nak royak apa2 (den hanya mampu doakan), untuk elak dari mudarat yg lebih besar. Faham2 je le..
Apa yg boleh kita buat, buatla aduan bertulis kek syarikat bas tu.. (Depa kata klu tak merokok akan ngantuk, dah ketagih apo nak buek). So kepada perokok2, kalau tak boleh henti tabiat tu, merokok le di tempat2 yg orang lain tak de.. kek mano ye? ha..den tau.. sebab kalau orang lain termasuk anak isteri merana, tension & bersungut.. parah juga kan, kan, kan?
Jangan le melenting & marah pada orang yg menegur/bersungut tu.. kerana depa ada hak utk sedut udara yang tak dicemari asap rokokkkkkk2!!
No comments:
Post a Comment