Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

27 April 2011

Banyak boleh dipelajari

Ingat post saya sblum ni ttg kucing2 di ADTEC Kemaman?
Kucing2 tu mmg penghuni tetap di situ, ada yg cepat mesra & ada yg masih susah nak disentuh wlu agak lama (kira2 6bulan)   bersama & beri makan bila depa  bertandang. Tak kisah le ttg makan tu.. sbb saya dah train makanan yg mudah (yg kita biasa makan le --> roti , nasi + sikit sadin, bilis & ikan).. Nampaknya depa suka..tak memilih, dan mereka dah boleh makan berjemaah.(sbb sblum ni susah nak makan sama2 ni). Alhamdulillah


Banyak berjalan, banyak pengalaman & pengajaran.  Perhatikanlah semua kejadian Allah, semuga dekatkan lagi kepadaNya.
Promosi blog ustaz Amin :   http://www.ustazamin.com/

26 April 2011

Puding Pisang & Bebola Roti Kering

Hari ni saya cuba resipi ni:
Puding Pisang:


Resipi ni saya dapat dari
http://www.potretkasih.com/2011/03/16/4670/
Bagi yg tak biasa guna susu cair dlm tin, buleh lah guna yg dalam kotakjenis low kolestrol tu.

Ni pun saya dapat dari blog yang sama:
Bebola Roti Kering:

Rupa tu kurang le, rasa mengancam..

 Tkasih pn Wana

19 April 2011

Poco Poco

Oleh kerana isu ni dibangkitkan & dibincangkan  oleh ulamak, saya nak join juga sebab ni kira isu semasa le yg kadang2 perlu kita amik tau juga.
Kisah benar dari seorang hamba Allah si A. berlaku kira-kira 5,6  tahun lepas, masa tu poco2  baru nak terkenal.

 A  sejak akhir2 tu,  tak miss tiap-tiap Jumaat pi majlis ilmu. Pada satu hari Jumaat,  dia perlu menghadiri mesyuarat kaum wanita. Mula2 dia serba salah, majlis ilmu ke mesyuarat tu? Setelah dia fikir2, dia pilih untuk pi mesyuarat sebab mesyuarat tu berfaedah juga kerana dia wakil biro agama. Niat kerana agama la tu.

Dipendekkan cerita, mesy diadakan dalam dewan tertutup.  Selepas perasmian, kata2 aluan, maka diumumkan lah lebih kurang begini,  "sebelum mesyuarat dimulakan, kita akan persembahkan satu tarian poco2 oleh kumpulan sekian..sekian..sekian..".   Maka keluarlah wanita2 di atas pentas..satu, satu, kebanyakannya A kenal, yg bertudung, yang tak bertudung..pakaian  macam biasa nak pi opis, tak le pakai seragam ke & seumpamanya..

Setelah beberapa minit melihatnya, si A yg akhir2  ni dunianya kek majlis2 ilmu naik geli gelaman. Ntah kenapa. Bukan dia tak pernah tengok tarian2 joget, rok, rap, apa2 le yg biasa kat tv. Tapi ni live..  Kuno ke A ni?  Bole jadi juga kot. Melentik2.. (boleh juga dikatogerikan ' mengiurkan' dlm hati A). Tapi dalam kononnya geli gelaman tu, A macam  'terhibur' juga. Aduhai, aku ni manusia juga! keluh A.

A toleh kiri kanan, semua wanita. A toleh atas.. ada beberapa lelaki yg jaga lampu & pentas.. (apa perasaan mereka tu? ..dalam hati A berkata). A dah gelisah, mula le terfikir, "aku tinggalkan majlis ilmu, sebaliknya ini yang aku dapat, ya Allah, jangan lah kau cabut nyawaku ketika ini, aku dah tua, dia orang ni muda2.. "

A terfikir nak keluar dewan, tapi ada bisikan kata..'kau tengok sampai habis, kau perempuan tak de hal lah. Ni pun ilmu juga, at least kau tau nak nilaikan nanti ".  So dapat le A 'ilmu' poco2 hari itu  secara live. So bila sekarang ni poco2  menjadi isu, hingga membabitkan ilmuan agama, A antara yg terawal saksikan di Msia.

Maka pupular la kat segelintir pejabat2 kerajaan & sekolah2 (kek pejabat & sekolah agama?) macam satu kemestian pulak. Antara kata depa tujuannya sebagai senaman..mcm senamrobik untuk sihat badan supaya keluar peluh, buang toksik, bertambah ceria &  bersemangat kerja dll. Lepas tu berlambak2 le kat You tube..

Komen A? Secara jujur A kata tak sesuai lelaki perempuan bercampur2.. apa lagi aksi melintuk2/meliuk2,  wlu pakai tudung  (melainkan suami isteri aje, atau ibu dgn anak2 perempuan -- kot2 teringin sangat  tak nak ketinggalan keretapi). Hok yg dikatakan pergerakannya ikut 'cross' tu, dll,  A tak terfikir pulak sampai ke situ.

Senamrobik pun kalau instruktor lelaki kira ok, tapi asingkan wanita kat belakang atau row lain.
Wait, wait, wait.. selama ni kbnyakan tarian2 + poco2 yg buat perempuan, manakala penuntun lelaki, apa macam klu  buat reverse? Lelakibuat  no hal kan?

A teringat masa dia pi kat majlis ilmu di satu masjid, pengerusi masjid kata lebih kurang gini, " kita umat Islam Allah & Rasul dah buat garis panduan untuk sihat...iaitu dengan solat..kenapa tak difikirkan  program solat dhuha, solat2 sunat kat surau2 pejabat sebulan sekali? " 
 Ni ha buku 'solat dlm perspektif sains', dah dibuat kajian, solat yang dikerjakan dengan betul boleh menyehatkan, menyembuh sakit insyaAllah. Kempen kat anak2, kawan2 dsbnya...."

So itu lah ringkasan  kisah poco2 oleh si A.  Ni hanya pendapat peribadi A yang umur > 50 yg sering hadir majlis2 ilmu.. Ada member beritaunya,  "ye le, patut pun ko umur >50",  A jawab, "tepat, kubur kata mari dah...."

Nyahkan Kebosanan Dari Hidupmu!

Orang yang hidup mengekang diri dengan SATU gaya atau model hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan/kejenuhan --> kerana jiwa manusia pada fitrahnya cenderung mudah bosan/jenuh. Oleh sebab itulah Allah menciptakan pelbagai warna & bentuk untuk suatu tempat, zaman, makanan, minuman dll makhluk ciptaanNya. Ada malam, siang, dataran tinggi, rendah, ada panas, dingin, ada masam, manis dll.
Beberapa ayat2 quran menyatakan  tentang kepelbagai ragam & perbezaan tersebut.

Kadang2 dalam meraih ilmu pun ada masanya perlu  membaca, bercampur, mendengar radio/cd dll. Juga ada yg perlu ketika  duduk,  berdiri & ada masanya perlu sambil baring & berjalan.

"..iaitu orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring" Ali Imran/191
Dalam ibadat pun manusia akan merasa jenuh dgn satu cara, maka Allah memberikan banyak pilihan & cara pada hambaNya. Contoh dalam solat, kita tak hanya disuruh berdiri, tetapi ada ruku', sujud, duduk dll.

Rinkasnya sapa pun yang inginkan kepuasan semangat yang selalu baru & produktif, maka ia harus pandai membagi waktunya ---> waktu bekerja, berfikir, malah berhibur. Dlm membaca pula, selain quran & isinya & sirah yg wajib bagi umat Islam,  ilmu2 kemahiran, ilmu2 ttg semasa yg mendatangkan rezeki halal esp,  sangat perlu. InsyaAllah jiwa anda akan selalu segar & bersemangat.

sumber: buku Laa Tahzan

16 April 2011

Lagi photo

Antara  buku2 kami jemaah kelas waktu dhuha Ustazah Salbiah    
Ni lagi -
Baru2 ni pi Sbrang Prai, ada eksiden kat jalan bertetangan arah selatan, jem nak dekat 7-8km-lori terbalik
Singgah Politeknik Sbrang Prai ziarah adik
bersama antara kawan2 adik di Poli SP



Jangan Bersedih 3

Jika Anda Memohon, Pohonlah kepada Allah:

Kebaikan Allah sangat dekat. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. Kitalah yang banyak lalai. Sebenarnya, secara fitrah, kita sangat2 memerlukan untuk selalu meminta & berdoa padaNya, tak boleh bosan & jemu. Jangan sampai kita mengatakan, "Saya sudah berdoa banyak kali, tapi Allah tak kabulkan." Sebaliknya kita selalulah menghadap muka sujud seraya berseru, "Yaa dzal jalaali wal-Ikram", & menyebut2 nama2 Allah yang indah & sifat2Nya yang mulia --> hingga Dia mengabulkan doa kita atau memilihkan yang terbaik bagi kita.

Antara yang disarankan,  bangunlah  pada sepertiga terakhir waktu malam, berdoalah kepada Rabb, sebab yang memberi kemudahan hanyalah Allah. Hadis Rasulaullah saw "Jika engkau meminta, mintalah pada Allah. Ketahuilah bahawa jika semua manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dgn sesuatu mereka tak akan mampu memberikan kepadamu dengan sesuatu kecali yang Allah tetapkan untukmu"

Mula2 doa agar  Allah tunjukkan jalan ikhtiar & usaha ----> kemudian lakukan  ikhtiar & usaha ikut prosedur2 & gerak hati hasil dari doa tersebut, & tanpa putus doa -----> tawakkal.

ringkasan dari buku Laa Tahzan

Roti sandwich goreng

Bahan2nya:
1) Beberapa keping roti sandwich
2) Telor
3) Serbuk roti
4) Inti - samada sambal tumis ke, sambal sadin ke dll - terpulang le

Cara:
1) Roti digelek dulu supaya padat
2) Masukkan inti & gulung, & supaya lekat/bercantum di bahagian hujung, sapukan telur,
3) Celup dalam telur, golek2kan pada serbuk roti & goreng bila nak makan (sbb masih panas sangat sedap, lagipun goreng tu sekejap aja)



15 April 2011

Jangan Bersedih 2

Cara Mudah Menghadapi Kritikan Pedas:

Yang Maha Pencipta & Pemberi Rezeki Yang  Maha Mulia, sering dicaci oleh orang2 yang tak berakal, maka apalagi kita manusia yang selalu tersilap. Dalam hidup ni, sekiranya anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi  & berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan2 yang pedas & pahit. Dan mungkin juga sesekali anda akan mendapat cemuhan & hinaan ..
Dan mereka, tak akan pernah diam mengkritik

Adapun mereka, marah & kesal kepada anda adalah mungkin kerana anda mengungguli mereka dalam hal2 kebaikan, ilmu, tindak tanduk & harta. Semakin tinggi darjat & posisi anda, semakin pedas pula kritikan itu.

Oleh yang demikian, waspada lah, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemohan & hinaan mereka! Jika anda merasa terusik & terpengaruh oleh kritikan2 & cemohan2 mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori & mencemari kehidupan anda. Biarkan saja mereka, tak usah rasa tertekan ---- Allah kan ada! Intimkan  hubungan anda padaNya.

Jangan Bersedih

Intro:

Merupakan tajuk buku - Judul asal - 'Laa Tahzan'.

Secara ringkas, buku tersebut  sangat terkenal karya  Dr Aidh Al Qarni --> terperinci mengenai beliau boleh cari kat intnet. Sekarang ni banyak terjemahannya  dari berbagai2 penerbit & bahasa, cuba le milikinya (bagi yang belum).

Kami jemaah ustazah Salbiah mula kuliahkan buku tu pada awal 2004, & buku kami tu diterbitkan oleh sykt di Indonesia (kalau tak silap masa tu terbitan Msia lum ada). So saya cuba masukan dlm bolg ni secara ringkas  petikan2 dari buku La Tahzan, untuk diri saya terutamanya & pembaca blog ni agar diamal & sampai2kan le.



"La tahzan, inn naullah ha ma'ana" ..(At Taubah ayat 40) , bermaksud, 'jangan bersedih (berdukacita), sesungguhnya Allah bersama kita'.

1) Ya Allah!

Sentiasalah  menyebut, mengingat & berzikir dengan nama2Nya --> hati menjadi tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, iman kembali berkobar2 & keyakinan akan semakin kukuh.

2) Fikirkan & Syukurilah!

Begitulah, sebenarnya kita berada dalam kenikmatan tiada tara tapi sering tidak kita sedari & syukuri ---> kesempurnaan tubuh, kaki yang membolehkan kita bergerak, mata yang boleh melihat, telinga yang mendengar, dan, dan..dan.. termasuk udara, air, kesihatan, ..dan..dan...
tapi kadang2  seringkali resah, gelisah memikirkan sesuatu yang tak ada, maka kita pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa mudah bergoncang, gelisah hanya kerana kerugian material yang menyeksakan, sedangkan kita  masih memegang kunci kebahagian, kurnian dll.

"Dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Adz Dzariyat: 21)

3) Yang Lalu Biar Berlalu;

Mengingat sangat2 & mengenang masa lalu kemudian bersedih atas nestapa & kegagalan merupakan tindakan tak cerdik. Sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad & mengubur masa depan yang belum terjadi.

Kesedihan tak kan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tak kan mampu merubahnya menjadi terang...---> sebaliknya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat & menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.

setakat sini dulu, petikan2 seterusnya drp buku 'La Tahzan' insyaAllah menyusul..

09 April 2011

Ma'thurat



Kitab/naskah Mathurat yang banyak/terkenal  dijual di kedai2

Naskah/kitab mengandungi doa2  drp alQuran & amalan Nabi saw, mathurat, zikir2 susunan Ustazah Salbiah & ustaz Hassan ..kami baca di kelas dhuha - dibimbing oleh penyusun tu sendiri ustazah Salbiah

06 April 2011

Photo berbicara (2)

Tengok photo, ingat peristiwa.....

1) Stesen minyak di Palong 16 (antara simpang Bndar Sri Jempol-simpang Segamat/Muadzam (apa spesialnya tempat ni?) --------> next photo

2)  Pada den, specialnya stesyen minyak di Palong 16 ni, ialah suraunya, walau kecil tapi kemas &  menarik esp tempat wuduk. Tapi kalau rombongan satu bas tu, cari le masjid -- singgah2 le ye, sambil2 isi minyak tu.. (tolong promosi)

3) Masa den involve  jaga projek pendidikan Seremban 1990
4) Ni masa di projek jeti Pangkor 1989 (sekarang ni banyak yg dah berubah)

5) Tengok gambor ni den sebak sikit ----> sebab apa, mengenangkan cepat benar masa berlalu ........ sampai umur berapa agaknya  Allah pinjamkan kepada den di dunia ni? Hanya Dia yang tahu.. (gambor 1982 dgn anak pertama & ke 2)

6) pokok bunga raya Minah dah berbunga

7) Nak masuk k/api, masa tu nak balik Seremban dari Spore bersama jemaah ikut program Ustazah  Salbiah (2010)
8) Dalam k/api tu le..

9) Antara jemaah yang sertai program ke Spore tu - tunggu  makanan tiba, restoran di Gelang . Lapar le tu.. (jangan marah ye kawan2 & sedara-sedara semua...)

05 April 2011

Qiamullail 2

Jumpa lagi..

Sekarang bab berkumpulan/jemaah pula
Ada pendapat berbeza2 tentang samada niat imam/makmum atau sendiri2. Berlapang dada --> ikut pembimbing kita. Yang penting kita dlm sof/barisan..bahu bersentuhan untuk cetuskan energy & semangat.. (Sapa yang dah rasakan keajaiban nikmatnya berjemaah ni, pasti tak nak tinggalkan solat berjemaah).

Seterusnya pembimbing akan beri taklimat dulu, ikut aje le..tak faaham tanya dia..---> bila dah faham bole amalkan selalu sendiri2, buat yang paling mudah, kemudian tingkatkan sikit2, misalnya tentang surah2 yang panjang sikit (klu tak hafal, boleh pegang mushaf), doa2  ketika sujud akhir dll...

tamb: 
(rujuk nota kursus haji 2000):
Surah rakaat pertama solat tahajjud - Ali Imran ayat 190-194
Surah rakaat ke 2 tahajjud - Ali Imran ayat 195-200
Doa sujud akhir tahajjud - Al Isra' ayat 80..mula dgn 'Robbi..

Surah rakaat pertama solat taubat - Ali Imran ayat 133-136
Surah rakaat ke 2, solat taubat - Al Nisa' 110
Doa sujud akhir solat taubat --> doa Nabi Yunus atau Penghulu istighfar.

sekian

Qiamullail 1

Secara ringkas ialah bangun & menghidupkan waktu malam dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca quran, zikir, berdoa dll semata2 mengharap redha & rahmat Allah.

Untuk lebih detail mengenai hikmah & kelebihannya, ayat2 quran & hadis berkaitan, waktu2nya, dsbnya..-----> bole le cari kat intenet. Cuma saya sarankan kat diri saya & pembaca blog ni, rebutlah peluang untuk mengerjakannya, --->  tak dapat tiap2 malam, seminggu sekali, ataupun 2 minggu sekali, atau sebulan sekali, atau ... terpulang le. Yang penting, niat & pohon pada Allah, insyaAllah diberiNya kekuatan. Nanti kalau Allah tanya, ada le jawapan kita kan, kan, kan..

Kalau diteliti buku2 panduan, banyak cara2nya. Mana satu nak ikut ni? Begitu juga pembimbing2/guru2. Boleh pening juga. Jangan pening & panik.


Saya ingin beri sikit tip2  yang sangat mudah sangat!. (terpulang le).

1/a) Kalau sendirian : ---> untuk kerap/selalu:
Dapat bangun kira2 30 minit  sebelum subuh pun kira ok, sempat le solat tahajjud 2 rakaat (surah rakaat pertama --> al-kafirun, ke2 --> alIkhlas). Kemudian solat hajat 2 rakaat. (surah2 sama). Kalau masih ada waktu sebelum masuk subuh, zikir le atau baca 2,3 ayat quran. Klu dah buat witir selepas isyak, tak yah buat.. (ttg ni banyak pendapat, terpulang le.. berlapang dada). Kalau terjaga 15 minit sebelum subuh, buat solat tahajjud aje le..(surah2 boleh skip)..

1/b) Klu sendirian ---> tak kerap (hari2 cuti ke), boleh bangun lagi awal sikit (sbb esoknya tak keja, tak le ngantuk kat opis) iaitu kira2 50-60 minit sebelum subuh.
Supaya dapat buat solat tasbih 4 rakaat 2 salam.(surah pertama Al-Kafirun, kedua AlIkhlas,  ke 3 AlFalaq, ke 4 AlNas.  Manakala bacaan tasbih tu, selepas 15 x, 10 x, baru baca "La haw lawala...'azim".) Cepat sikit selesai kira-kira 20-25 minit aje.

note: Solat tasbih boleh dibuat waktu siang (4 rakaat satu salam, klu bacaan macam di atas, memang cepat selesai. Yang penting, --> buat, apalagi klu first time atau badan dah lemah).

Nak lebih cantik, tambah dengan solat taubat 2 rakaat. Surah2 tu, mana2 yang hafal le.

Kalau hafal surah2 yang majoriti ulamak pilih, tu kira bagus, esp kalau sendirian --> ikut Nabi saw & para sahabat & ulama dulu2 kalau solat sunat sendirian membaca ayat panjang2.. Kalau program ada kanak2, orang tua2 atau yang first time, baca yang mudah2.. Allahuwa'lam.

ASMA UL HUSNA



Nama-nama Allah Yang Maha Agung & Maha Mulia, ternyata mengandungi misteri, keajaiban & kekuatan serta kuasa dahsyat yang sangat luar biasa.
Hafallah (bagi sesiapa yang belum menghafalnya), & hayati,  beli cd/kaset ---> pasang ketika memandu, di rumah agar didengar selalu seisi keluarga . Yakin lah, selepas beberapa waktu , ----> sebulan ----> setahun ----> 10 tahun ----> 30 tahun --- > seterusnya, akan ada kekuatan yang luar biasa yang Allah berikan kerana dengan sentiasa berzikir, berdoa menyebut nama2Nya, merupakan ubat paling mujarab untuk jiwa & jasad, insyaAllah.

04 April 2011

Puding pulak.

Wah, kali ni kita buat puding pula. Jiran saya kat kuarter ADTEC Kemaman yag ajar. Kalau kat Seremban, puding ni member saya Mama Sal selalu buat letak kat kedai dia. Kita namakan "Puding Roti Gula Hangus".

Bahannya:
1) Gula kasar/pasir 3/4 - 1 cawan.
2) Susu cair 1 tin
3) Air 1/2 tin atau kurang sikit (sukatan guna tin susu tu)
4) sikit vanilla (tak bubuh  pun ok)
5) Roti sandwich 6 keping
6) Telur 5-6 biji ikut saiz
7) Gula hangus (drp 5-6 sudu gula pasir)

Cara2nya:
1) Buat gula hangus dulu (masukkan gula dlm bekas & panaskan api sederhana sambil kacau), kemudian curah kat bekas.
2) Bahan2  1- 6 diblend, kemudian curah atas bekas yg telah ada gula hangus.
3) Kukus lebih kurang 40-45 minit atau bila dah tak melekat. (sebelum tu didihkan air kukus tu)




bole lawan chef wan ni..jangan mare..

Watak Berbeza

Baru-baru ni berbual2/bincang  dengan member. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai watak2 seseorang terutama ketua (ibu bapa, di pejabat, organasasi, guru/pengajar dll) yang mana  watak2 tersebut akan mempengaruhi orang2 bawahan atau yg dipimpinnya. Kami berbincang watak manakah yang lebih baik?

Kita mulakan watak bos A.  Dia telah terangkan kepada pekerja bawahannya (katakan X) tentang tugasan di samping ajar mana2 yang tak faham. Dan dia beri tempoh untuk kerja tersebut. Sampai tempoh tersebut, si X (yang wataknya agak kurang rasa tanggung jawab) tak siapkan kerja tersebut dengan alasan2 yang memang tak logik. Si A, kerana faham sikap X, tak banyak cakap terus dia sendiri  yang siapkan kerja tersebut.

A sebenarnya memang tak kisah, tak merungut & enjoy buat kerja  X tu. Dia  berikan kerja tu pada X supaya X jalankan tanggungjawab yang akan disoal nanti. . Tapi X sendiri yang berkira & tak mau, apa A boleh buat? Nak marah, lacture, dll? A juga yang akan sakit dada nanti, apalagi si X  sebaya atau lebih umur.

Watak A yang 'beri muka' kepada X tu, mendapat teguran dari beberapa membernya. Antara kata2 mereka seperti, "Memanjakan X, sampai bila2 nanti X takkan tau tanggungjawab".. "buat apa ko susah2 buat keja si X tu, teruk le ko nanti dibulinya"...dll  .  Lebih parah lagi A dikatakan nak pahala sorang2..

Eik? Aku pula disalahkan? X bukan budak2, & bukan tak pernah A sound2, tapi mmg sikap dia. Mungkin kalau dapat bos baru yang berbeza cara akan dapat merubah si X kot!

So ditakdirkan, si  X dapat bos baru si B. Si B ni pula berlawan watak & cara dengan A. Bila X buat perangai lama tak siap keja, B kata lebih kurang gini, "U siapkan juga besok jam 8 mesti ada kat meja saya, saya tak kira u tak tido ke, atau apa ke..janji siap..".
Apa lagi X bersungut2 le ..(@+&^=%... ) ..ntah apa2 le..

Tahu apa resultnya esok? .
X siapkan kerja tu (dia kata le), tapi caca merba, tak cantik, tak presentable, tak..tak..(mcm2 le)..yg tak memuaskan si B. Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, si  X sumbit surat mohon tukar.

So ini le 2 watak bos yang boleh mempengaruhi orang lain.
Terpulang  le kita nak watak mana (sebagai bos). Watak2 ni biasanya di peringkat awalnya adalah semula jadi.. Mungkin A TERlampau lembut & B pula TERlampau keras. So perkataan TER tu, saya berpendapat 'over', dari biasa. Sepatutnya SEDERHANA atau PERTENGAHAN, Islam pun kata gitu..

So renumg2 le watak kita kat mana....Mungkin tak de kot, sbb kita adalah yang watak SEDERHANA, marah, serious, lembut, tolerensi bertempat.....insyaAllah..

Watak orang2 yg dipimpin/bawahan & sewaktu dengannya pula? InsyaAllah, free nanti.

Allahuwa'lam   

03 April 2011

Makan lagi

Cara mudah nak makan mangga esp sesama keluarga. (Ilmu ni pun den baru dapat..)

 1 - basuh dulu

2.

3.

4

5. Guna sudu ni klu nak suap budak2 , klu sendiri makan, tak yah le..lambat!
Amacam? Sangat mudah kan?
Sebab biasanya bab kupas ni kebanyakan  masing2 malas nak buat.

Memasak pulak!

Ingin juga kongsi2 resepi yang saya tau, yang kebanyakan dipelajari dari member2, mak mentua, dll (resepi sendiri tak de kot).. mudahan2  dipanjang2kan pula, antaranya :

Sambal Rejang (resepi mak mentua), simple aje, semua org boleh buat (orang malas pun bole buat..he.he..jangan marah!!)

Bahan2nya: 
1. Lada basah (merah & hijau, berapa batang terpulang le, nak lagi pedas boleh tambah lada kecil), dihiris2.
2. Bawang besar (belah 2 & hiris bulat2)
3. Bawang putih (hiris)
4. Udang atau sotong.   Ayam atau ikan atau bilis pun boleh tapi  hendaklah goreng dulu.

Cara2nya:
1, Tumis bahan2 1, 2 & 3.
2. Masukkan sekit air & garam
3. Kemudian masukkan bahan 4.

Sambal rejang sotong

Mudah kan? Sebelum mula keja tu,  baca le bismillah..., kemudian  selawat & zikir2. Kalau hafal surah akhir Ali Imran & dalam keadaan berwuduk lagi bagusss!!!  Dan jgn lupa sentiasa senyuuuum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...