Orang yang hidup mengekang diri dengan SATU gaya atau model hidup sudah tentu akan dilanda kebosanan/kejenuhan --> kerana jiwa manusia pada fitrahnya cenderung mudah bosan/jenuh. Oleh sebab itulah Allah menciptakan pelbagai warna & bentuk untuk suatu tempat, zaman, makanan, minuman dll makhluk ciptaanNya. Ada malam, siang, dataran tinggi, rendah, ada panas, dingin, ada masam, manis dll.
Beberapa ayat2 quran menyatakan tentang kepelbagai ragam & perbezaan tersebut.
Kadang2 dalam meraih ilmu pun ada masanya perlu membaca, bercampur, mendengar radio/cd dll. Juga ada yg perlu ketika duduk, berdiri & ada masanya perlu sambil baring & berjalan.
"..iaitu orang2 yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring" Ali Imran/191
Dalam ibadat pun manusia akan merasa jenuh dgn satu cara, maka Allah memberikan banyak pilihan & cara pada hambaNya. Contoh dalam solat, kita tak hanya disuruh berdiri, tetapi ada ruku', sujud, duduk dll.
Rinkasnya sapa pun yang inginkan kepuasan semangat yang selalu baru & produktif, maka ia harus pandai membagi waktunya ---> waktu bekerja, berfikir, malah berhibur. Dlm membaca pula, selain quran & isinya & sirah yg wajib bagi umat Islam, ilmu2 kemahiran, ilmu2 ttg semasa yg mendatangkan rezeki halal esp, sangat perlu. InsyaAllah jiwa anda akan selalu segar & bersemangat.
sumber: buku Laa Tahzan
No comments:
Post a Comment