Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

04 April 2011

Watak Berbeza

Baru-baru ni berbual2/bincang  dengan member. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai watak2 seseorang terutama ketua (ibu bapa, di pejabat, organasasi, guru/pengajar dll) yang mana  watak2 tersebut akan mempengaruhi orang2 bawahan atau yg dipimpinnya. Kami berbincang watak manakah yang lebih baik?

Kita mulakan watak bos A.  Dia telah terangkan kepada pekerja bawahannya (katakan X) tentang tugasan di samping ajar mana2 yang tak faham. Dan dia beri tempoh untuk kerja tersebut. Sampai tempoh tersebut, si X (yang wataknya agak kurang rasa tanggung jawab) tak siapkan kerja tersebut dengan alasan2 yang memang tak logik. Si A, kerana faham sikap X, tak banyak cakap terus dia sendiri  yang siapkan kerja tersebut.

A sebenarnya memang tak kisah, tak merungut & enjoy buat kerja  X tu. Dia  berikan kerja tu pada X supaya X jalankan tanggungjawab yang akan disoal nanti. . Tapi X sendiri yang berkira & tak mau, apa A boleh buat? Nak marah, lacture, dll? A juga yang akan sakit dada nanti, apalagi si X  sebaya atau lebih umur.

Watak A yang 'beri muka' kepada X tu, mendapat teguran dari beberapa membernya. Antara kata2 mereka seperti, "Memanjakan X, sampai bila2 nanti X takkan tau tanggungjawab".. "buat apa ko susah2 buat keja si X tu, teruk le ko nanti dibulinya"...dll  .  Lebih parah lagi A dikatakan nak pahala sorang2..

Eik? Aku pula disalahkan? X bukan budak2, & bukan tak pernah A sound2, tapi mmg sikap dia. Mungkin kalau dapat bos baru yang berbeza cara akan dapat merubah si X kot!

So ditakdirkan, si  X dapat bos baru si B. Si B ni pula berlawan watak & cara dengan A. Bila X buat perangai lama tak siap keja, B kata lebih kurang gini, "U siapkan juga besok jam 8 mesti ada kat meja saya, saya tak kira u tak tido ke, atau apa ke..janji siap..".
Apa lagi X bersungut2 le ..(@+&^=%... ) ..ntah apa2 le..

Tahu apa resultnya esok? .
X siapkan kerja tu (dia kata le), tapi caca merba, tak cantik, tak presentable, tak..tak..(mcm2 le)..yg tak memuaskan si B. Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu, si  X sumbit surat mohon tukar.

So ini le 2 watak bos yang boleh mempengaruhi orang lain.
Terpulang  le kita nak watak mana (sebagai bos). Watak2 ni biasanya di peringkat awalnya adalah semula jadi.. Mungkin A TERlampau lembut & B pula TERlampau keras. So perkataan TER tu, saya berpendapat 'over', dari biasa. Sepatutnya SEDERHANA atau PERTENGAHAN, Islam pun kata gitu..

So renumg2 le watak kita kat mana....Mungkin tak de kot, sbb kita adalah yang watak SEDERHANA, marah, serious, lembut, tolerensi bertempat.....insyaAllah..

Watak orang2 yg dipimpin/bawahan & sewaktu dengannya pula? InsyaAllah, free nanti.

Allahuwa'lam   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...