Secara ringkas ialah bangun & menghidupkan waktu malam dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca quran, zikir, berdoa dll semata2 mengharap redha & rahmat Allah.
Untuk lebih detail mengenai hikmah & kelebihannya, ayat2 quran & hadis berkaitan, waktu2nya, dsbnya..-----> bole le cari kat intenet. Cuma saya sarankan kat diri saya & pembaca blog ni, rebutlah peluang untuk mengerjakannya, ---> tak dapat tiap2 malam, seminggu sekali, ataupun 2 minggu sekali, atau sebulan sekali, atau ... terpulang le. Yang penting, niat & pohon pada Allah, insyaAllah diberiNya kekuatan. Nanti kalau Allah tanya, ada le jawapan kita kan, kan, kan..
Kalau diteliti buku2 panduan, banyak cara2nya. Mana satu nak ikut ni? Begitu juga pembimbing2/guru2. Boleh pening juga. Jangan pening & panik.
Saya ingin beri sikit tip2 yang sangat mudah sangat!. (terpulang le).
1/a) Kalau sendirian : ---> untuk kerap/selalu:
Dapat bangun kira2 30 minit sebelum subuh pun kira ok, sempat le solat tahajjud 2 rakaat (surah rakaat pertama --> al-kafirun, ke2 --> alIkhlas). Kemudian solat hajat 2 rakaat. (surah2 sama). Kalau masih ada waktu sebelum masuk subuh, zikir le atau baca 2,3 ayat quran. Klu dah buat witir selepas isyak, tak yah buat.. (ttg ni banyak pendapat, terpulang le.. berlapang dada). Kalau terjaga 15 minit sebelum subuh, buat solat tahajjud aje le..(surah2 boleh skip)..
1/b) Klu sendirian ---> tak kerap (hari2 cuti ke), boleh bangun lagi awal sikit (sbb esoknya tak keja, tak le ngantuk kat opis) iaitu kira2 50-60 minit sebelum subuh.
Supaya dapat buat solat tasbih 4 rakaat 2 salam.(surah pertama Al-Kafirun, kedua AlIkhlas, ke 3 AlFalaq, ke 4 AlNas. Manakala bacaan tasbih tu, selepas 15 x, 10 x, baru baca "La haw lawala...'azim".) Cepat sikit selesai kira-kira 20-25 minit aje.
note: Solat tasbih boleh dibuat waktu siang (4 rakaat satu salam, klu bacaan macam di atas, memang cepat selesai. Yang penting, --> buat, apalagi klu first time atau badan dah lemah).
Nak lebih cantik, tambah dengan solat taubat 2 rakaat. Surah2 tu, mana2 yang hafal le.
Kalau hafal surah2 yang majoriti ulamak pilih, tu kira bagus, esp kalau sendirian --> ikut Nabi saw & para sahabat & ulama dulu2 kalau solat sunat sendirian membaca ayat panjang2.. Kalau program ada kanak2, orang tua2 atau yang first time, baca yang mudah2.. Allahuwa'lam.
No comments:
Post a Comment