Cara Mudah Menghadapi Kritikan Pedas:
Yang Maha Pencipta & Pemberi Rezeki Yang Maha Mulia, sering dicaci oleh orang2 yang tak berakal, maka apalagi kita manusia yang selalu tersilap. Dalam hidup ni, sekiranya anda seorang yang selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi & berusaha membangun, maka anda akan selalu menjumpai kritikan2 yang pedas & pahit. Dan mungkin juga sesekali anda akan mendapat cemuhan & hinaan ..
Dan mereka, tak akan pernah diam mengkritik
Adapun mereka, marah & kesal kepada anda adalah mungkin kerana anda mengungguli mereka dalam hal2 kebaikan, ilmu, tindak tanduk & harta. Semakin tinggi darjat & posisi anda, semakin pedas pula kritikan itu.
Oleh yang demikian, waspada lah, kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemohan & hinaan mereka! Jika anda merasa terusik & terpengaruh oleh kritikan2 & cemohan2 mereka, bererti anda telah meluluskan keinginan mereka untuk mengotori & mencemari kehidupan anda. Biarkan saja mereka, tak usah rasa tertekan ---- Allah kan ada! Intimkan hubungan anda padaNya.
No comments:
Post a Comment