Oleh kerana isu ni dibangkitkan & dibincangkan oleh ulamak, saya nak join juga sebab ni kira isu semasa le yg kadang2 perlu kita amik tau juga.
Kisah benar dari seorang hamba Allah si A. berlaku kira-kira 5,6 tahun lepas, masa tu poco2 baru nak terkenal.
A sejak akhir2 tu, tak miss tiap-tiap Jumaat pi majlis ilmu. Pada satu hari Jumaat, dia perlu menghadiri mesyuarat kaum wanita. Mula2 dia serba salah, majlis ilmu ke mesyuarat tu? Setelah dia fikir2, dia pilih untuk pi mesyuarat sebab mesyuarat tu berfaedah juga kerana dia wakil biro agama. Niat kerana agama la tu.
Dipendekkan cerita, mesy diadakan dalam dewan tertutup. Selepas perasmian, kata2 aluan, maka diumumkan lah lebih kurang begini, "sebelum mesyuarat dimulakan, kita akan persembahkan satu tarian poco2 oleh kumpulan sekian..sekian..sekian..". Maka keluarlah wanita2 di atas pentas..satu, satu, kebanyakannya A kenal, yg bertudung, yang tak bertudung..pakaian macam biasa nak pi opis, tak le pakai seragam ke & seumpamanya..
Setelah beberapa minit melihatnya, si A yg akhir2 ni dunianya kek majlis2 ilmu naik geli gelaman. Ntah kenapa. Bukan dia tak pernah tengok tarian2 joget, rok, rap, apa2 le yg biasa kat tv. Tapi ni live.. Kuno ke A ni? Bole jadi juga kot. Melentik2.. (boleh juga dikatogerikan ' mengiurkan' dlm hati A). Tapi dalam kononnya geli gelaman tu, A macam 'terhibur' juga. Aduhai, aku ni manusia juga! keluh A.
A toleh kiri kanan, semua wanita. A toleh atas.. ada beberapa lelaki yg jaga lampu & pentas.. (apa perasaan mereka tu? ..dalam hati A berkata). A dah gelisah, mula le terfikir, "aku tinggalkan majlis ilmu, sebaliknya ini yang aku dapat, ya Allah, jangan lah kau cabut nyawaku ketika ini, aku dah tua, dia orang ni muda2.. "
A terfikir nak keluar dewan, tapi ada bisikan kata..'kau tengok sampai habis, kau perempuan tak de hal lah. Ni pun ilmu juga, at least kau tau nak nilaikan nanti ". So dapat le A 'ilmu' poco2 hari itu secara live. So bila sekarang ni poco2 menjadi isu, hingga membabitkan ilmuan agama, A antara yg terawal saksikan di Msia.
Maka pupular la kat segelintir pejabat2 kerajaan & sekolah2 (kek pejabat & sekolah agama?) macam satu kemestian pulak. Antara kata depa tujuannya sebagai senaman..mcm senamrobik untuk sihat badan supaya keluar peluh, buang toksik, bertambah ceria & bersemangat kerja dll. Lepas tu berlambak2 le kat You tube..
Komen A? Secara jujur A kata tak sesuai lelaki perempuan bercampur2.. apa lagi aksi melintuk2/meliuk2, wlu pakai tudung (melainkan suami isteri aje, atau ibu dgn anak2 perempuan -- kot2 teringin sangat tak nak ketinggalan keretapi). Hok yg dikatakan pergerakannya ikut 'cross' tu, dll, A tak terfikir pulak sampai ke situ.
Senamrobik pun kalau instruktor lelaki kira ok, tapi asingkan wanita kat belakang atau row lain.
Wait, wait, wait.. selama ni kbnyakan tarian2 + poco2 yg buat perempuan, manakala penuntun lelaki, apa macam klu buat reverse? Lelakibuat no hal kan?
A teringat masa dia pi kat majlis ilmu di satu masjid, pengerusi masjid kata lebih kurang gini, " kita umat Islam Allah & Rasul dah buat garis panduan untuk sihat...iaitu dengan solat..kenapa tak difikirkan program solat dhuha, solat2 sunat kat surau2 pejabat sebulan sekali? "
Ni ha buku 'solat dlm perspektif sains', dah dibuat kajian, solat yang dikerjakan dengan betul boleh menyehatkan, menyembuh sakit insyaAllah. Kempen kat anak2, kawan2 dsbnya...."
So itu lah ringkasan kisah poco2 oleh si A. Ni hanya pendapat peribadi A yang umur > 50 yg sering hadir majlis2 ilmu.. Ada member beritaunya, "ye le, patut pun ko umur >50", A jawab, "tepat, kubur kata mari dah...."
No comments:
Post a Comment