Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

15 April 2011

Jangan Bersedih

Intro:

Merupakan tajuk buku - Judul asal - 'Laa Tahzan'.

Secara ringkas, buku tersebut  sangat terkenal karya  Dr Aidh Al Qarni --> terperinci mengenai beliau boleh cari kat intnet. Sekarang ni banyak terjemahannya  dari berbagai2 penerbit & bahasa, cuba le milikinya (bagi yang belum).

Kami jemaah ustazah Salbiah mula kuliahkan buku tu pada awal 2004, & buku kami tu diterbitkan oleh sykt di Indonesia (kalau tak silap masa tu terbitan Msia lum ada). So saya cuba masukan dlm bolg ni secara ringkas  petikan2 dari buku La Tahzan, untuk diri saya terutamanya & pembaca blog ni agar diamal & sampai2kan le.



"La tahzan, inn naullah ha ma'ana" ..(At Taubah ayat 40) , bermaksud, 'jangan bersedih (berdukacita), sesungguhnya Allah bersama kita'.

1) Ya Allah!

Sentiasalah  menyebut, mengingat & berzikir dengan nama2Nya --> hati menjadi tenang, jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, iman kembali berkobar2 & keyakinan akan semakin kukuh.

2) Fikirkan & Syukurilah!

Begitulah, sebenarnya kita berada dalam kenikmatan tiada tara tapi sering tidak kita sedari & syukuri ---> kesempurnaan tubuh, kaki yang membolehkan kita bergerak, mata yang boleh melihat, telinga yang mendengar, dan, dan..dan.. termasuk udara, air, kesihatan, ..dan..dan...
tapi kadang2  seringkali resah, gelisah memikirkan sesuatu yang tak ada, maka kita pun lupa mensyukuri yang sudah ada. Jiwa mudah bergoncang, gelisah hanya kerana kerugian material yang menyeksakan, sedangkan kita  masih memegang kunci kebahagian, kurnian dll.

"Dan pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?" (Adz Dzariyat: 21)

3) Yang Lalu Biar Berlalu;

Mengingat sangat2 & mengenang masa lalu kemudian bersedih atas nestapa & kegagalan merupakan tindakan tak cerdik. Sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad & mengubur masa depan yang belum terjadi.

Kesedihan tak kan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tak kan mampu merubahnya menjadi terang...---> sebaliknya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat & menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.

setakat sini dulu, petikan2 seterusnya drp buku 'La Tahzan' insyaAllah menyusul..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...