Di Mana Nak Di Mulakan

Dirancang, Laksana, Nilai & Penambahbaikan

28 December 2011

Konflik Keluarga

Teringat seorang kawan (saya namakan A.. supaya tak mengumpat, mudah2an cerita ni untuk iktibar) yang menceritaka/mengadu kisahnya beberapa tahun lepas. A ni apa yang saya tau agak berjaya dalam business, tak lupa bantu keluarganya, dalam pada tu Alhamdulillah sering menghadiri majlis2 ilmu (agama).

A menceritakan tentang konflik dalam keluarganya &  beliau agak terkilan juga kenapa  ada kalangan adik beradiknya  yang cemburu,  sepatutnya bila seseorang ada kelebihan, yang lain tumpang bersyukur & gembira. Ni tak, malah ada yang menghasut pula supaya membenci A.  Walau bagaimana pun ada adik beradik lain yang ok & boleh befikir, & tak termakan hasutan.

 Mendengar kisah A, teringat saya kisah Nabi Yusuf as yang ada surah khas dalam al-Quran, yang Allah sebut sebagai "..sebaik2 kisah .." diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw untuk kita umatnya mengambil pengajaran & ikhtibar. Kisah konflik adik beradik Nabi Yusuf as terhadapnya. So, apa nak heran, kalau kita juga menghadapi konflik keluarga adik beradik misalnya? (Konflik kita mungkin tak seteruk adik beradik Nabi Yusuf as).  Dan jangan heran, kalau nanti anak-anak kita pula diuji. Masa kita hidup lagi atau pun dah tiada. Mana tau? Mohon dijauhkan Allah.

Kita mungkin kata 'beruntung lah sesiapa yang tak menghadapi konflik keluarga', .
Kita tak tau  mungkin mereka menghadapi ujian lain pula. Kan Allah dah sebut dalam al Quran bahawa manusia ni akan diuji? So,  bila diuji, cuba le ingat2 firman2 Allah dalam alQuran mudah2an kita sekurang2nya berlapang dada & positif ... kerana kalau kita tau menanganinya ikut cara Allah, sebenarnya Allah nak beri yang lebih baik/naik taraf di sisiNya. JANJI  ALLAH PASTI BENAR.

Berbalik kisah Nabi Yusuf as, (secara ringkasnya), antara pengajarannya:
1) Dalam keluarga sekurang2nya mesti ada (kalau tak semua) yang mendalami ilmu agama & mengamalkan, supaya dapat membantu keluarganya (aura kebaikan di sisi Allah) walau kesannya/result akan memakan masa lama.

2) Yang baik biasanya akan lebih disayangi.  Maksudnya baik agamanya. (Itu fitrah wlu kita cuba untuk sayang sama-rata. Ppaling tidak anak2 yang solatnya tak cuai, patuh & hormat kedua ibu bapa,  apalagi ditambah dengan  meringankan beban keluarga, pasti dia yang lebih menawan hati orang tuanya).
 (Tak heran Nabi Yusuf as lebih disayangi ayanya, hingga adik beradik lain cemburu tak bertempat).

 3) Diringkaskan cerita, setelah bertahun2 berlalu...Nabi Yusuf as menderita, diuji dengan difitnah, dipenjara dll, berkat sabar, taqwa & menyerah pada Allah, akhirnya Allah angkat darjatnya....malah  tidak berdendam  pada adik beradiknya , malah memaafkan mereka (walau hatinya geram juga dengan sikap mereka yang tak berubah & masih menuduhnya (ayat 77).. 


So, kawan saya si A tu lega dah hatinya, bila kami berulang2 kali baca kisah Nabi Yusuf as ni..& dia amik pengajaran.

Sesungguhnya Al Quran diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa/Maha Mengetahui/Maha Pencipta/Maha Segala2nya sebagai mukjizat terbesar/terulung,   kepada Nabi Muhammad saw untuk  umat baginda saw.
Baca le, fahami, amalkan & sampaikan isi al Quran.
Jumpa ustaz Syukri di Masjid Taman ...Juaseh

17 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu (3)

Antara pengajaranya:

1) Kematian datang bila-bila masa

2) List kan lah harta2 kita termasuk hutang-hutang/pinjaman, insuran, dll, supaya memudahkan waris menguruskan . Mungkin kita kata, mana aku ada harta? Tu kereta buruk tu, rumah murah, duit dlm Tabung Haji  takkan tak de, paling koman RM100.00 ke .. tu lum lagi gelang, rantai, (walau kecik nilai tak sampai RM200.00 misalnya...) & banyak lagi le....

3) Waris-waris hendaklah menguruskan segera, sebaiknya selesai urusan pengkebumian , kebetulan mungkin waris2 lain ada masa tu. Kalau ditangguh, lama-lama akan lewat, lewat, lewat... kesian pada yang meninggal, juga waris2 sbb selagi tak selesai, harta pusaka tak dapat diagih2kan... apalagi bila dah berlapis2.. mmg sukar

4) Kenal pasti sapa waris2 kita (at least) ...sekarang ni mudah  --> klik aje kat intenet, misalnya Faraid USM. dll..

5) Kadang2 ada pihak tertentu yang sangat baik dengan kita tapi kita lepas pandang untuk beri sikit bahagian padanya (misalnya bekas mentua, mcm kes Omar), tapi sbb dia tak termasuk dlm waris faraid, dia tak dapat apa-apa. Kalau kita lepas pandang, apa lagi le waris2 kita.. (ilmu ni den dengar kat radio IKIM)

6) Pencen terbitan adalah hak pasangan yang hidup.. terpuulang le kat dia nak gunakan (tu yang kadang2 kalau tak de wasiat, mak kandung si mati tak dapat.. bekas menantu joli sakan --> hak aku, kata dia. Kalau bekas mentua kaya tak pe.. ni terbalik.. (kes ni pun den dengar dari Radio IKIM).

Dan banyak lagi le... ilmu2 yang kita perlu amik tahu dalam dunia ni.. yang diniatkan untu kemudahan kita, keluarga, masyrakat dll.... semuga Allah menyukai & merahmati & memudahkan urusan kita..
Jangan le tumpu kek ilmu masak memasak aje ..(jangan marah ye...) .. Semuga  kesilapan kita kerana kejahilan dulu2  Allah maafkan dan dimudahkan urusan yang baik2 sekarang & akan datang.
Setan benci orang2 yang berpagi2an bangun untuk solat.. Lawan lah !! Jadikan kita pemenang!!

14 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu (2)

....sambung...(kisah Omar & Ali)

Takdir Allah mengatasi segala2nya..
Diringkaskan cerita, Omar pergi mengadap Ilahi ketika umornya masuk 54 tahun meninggalkan seorang balu, sorang anak kecil lelaki (dari isteri ke2), & 3 anak perempuan (dari isteri pertama) yang dah bekerja & masih kat u.

Dan dipendekkan citer,ketika urusan ttg  harta2, termasun pencen, gratuti, insuran dll...sedang berjalan di pejabat berkaitan, si Ali pun muncul, bawa perjanjian pinjaman hutang dulu.  Ni le klimik citer ni.

Masing2 agak terperanjat juga, ada yang berlapang dada sebab memang hak dia, ada pulak yg cemik2 & gosip2 belakang (sbb tak faham atau saja tak mau faham) dgn kata2 seperti di intro bah 1 dulu, ditambah dgn kata2 lain seperti, "halalkan aje le, kesian anak Omar masih kecik, lagipun ko (Ali) pun dah banyak duit..bla, bla, bla...."

Memang benar, perniagaan Ali bertambah maju, & dia pun tak perlu keje lagi sbb anak2nya take over bisnes. Tapi hakim putuskan --> Ali berhak dapatkan haknya.

Maka si Ali dapat le RM50,000.00 tu yg diberi pinjam kat Omar kira2 9 tahun lalu (besornya pahala Ali ye, klu dia masuk THaji banyak juga bonus tuuuu, apalagi dikabarkan dividen 2011 lebih tinggi...--> apo den merepek ni..)

K, kita sambung ....
Kat sini le, baru sampai kemuncak cerita, yg berkaitan dgn tajuk tuuuuu... (Allah saja lah Yang Maha Tahu).
Kenapa?
Adakah Ali yg dah kaya raya sampai hati mengurangkan bahagian keluarga sahabatnya  dgn menuntut hutangnya? Ali ni org beragama, dia tau apa yg dia buat & tak kisah apa orang lain kata.

Jeng, jeng jeng... sebonarnya..Dia tuntut duit tu sebab dia nak beri kepada  bekas mak mentua Omar  (Nek Wok) yg selama ni terlepas pandang oleh si Omar setelah isteri pertamanya meninggal, apa lagi setelah dia berkawin baru.
Oleh kerana mereka tinggal sekampung, Ali tahu benar kesusahan menimpa Nek Wok sejak satu2nya anak yg diharapkan membantunya meninggal.  Masa anaknya hidup,  anaknya menghulurkan bantuan tiap2 bulan, dikumpul2 dapat le juga buat repair rumah. Cuma Nek Wok teringin sangat nak pi haji.

Anaknya tu bekerja tapi tak le tinggi jawatannya. Masa pembahagian harta anaknya dulu, Nek Wok dapat juga bahagiannya, & pernah juga  beberapa bulan terima pencen terbitan anaknya yang dihuluqkan oleh Omar  menantunya.......Tapi sejak Omar  kawin baru & sakit2 & ada anak kecik,  dia pun terlupa kat org tua tu. Apalagi isteri barunya pulak tu bukan dari tempat yang dekat dgn kampungnya.
Ali le tempat si Nek Wok  mengadu..& Ali lah yg banyak membantu...keperluan asas, ubat2an, nak pi surau, sepital , kedai dll...

Jadi ... Ali tuntut hutangnya tu adalah ..sebab dia nak gembirakan Nek Wok & gembirakan kawannya Omar  di 'sana'..dgn mewakafkan sikit dari duit tu atas nama Omar. Sbb dia tau, anak2 Omar & balu ada tanggung jawab masing2 mereka  perlukan duit2  untuk  kelansungan hidup mereka.. jadi sebagai kawan, itu le sumbangan nya.. Yang orang lain tak tahu, hanya ALLAH tau.  Lagipun balu Omar bekerja & dapat pencen terbitan Omar. Ok le tu ...insyaAllah klu berbelanja berhemah..

Ali malas  nak layan kata2 yang tak sedap tu... sebab dia dah selalu ikuti majlis2 ilmu termasuk  tasauuff & motivasi di Radio IKIM esp, Tv dll. Apa yang dia mampu ialah berdoa untuk mereka.. Sebab manusia ni ada macam-macam, yang boleh terima & yang saja2 suka create story yang sia-sia..

Akhirnya kisah Ali ni ramai juga orang  tau sebab yang bukak rahsia ialah Nek Wok.. masa di jamuan meraikannya pi haji, dia ceritalah lebih kurang tentang duit tu.....
Alhamdulillah... yang mengata2nya tu mohon maaf walau malu2... tak pe.. yang penting  masing2 dapat pengajaran...
Dah masak dah..oop gosong sikit..

13 December 2011

Allah saja lah Yang Maha Tahu

"Kedekut, memang kedekut..tak sangka ye... nampak baik selama ni, tapi berkira. Awak tu dah kaya, jangan le berkira sangaat.. Ntah nak buat ape duit banyak2 tu...Bukan buat mati...bla..bla..bla...., aduhaiii.."

Itulah antara lain kata2 belakang  mengenai si Ali yang baru-baru ni mengambil tindakan yang selama ni tak diketahui oleh sesiapa melainkan Omar & peguam.

Sapa Ali? Sapa Omar?  Citernya agak panjang, tapi saya cuba ringkaskan se ringkas mungkin... apa yang penting ---> mudah2an kita amik iktibar & mendapat pengajaran & manfaat darinya.

Omar  & Ali berkawan baik. Mereka sekampung, sama-sama sekolah rendah & menengah tapi Ali tak sambung belajar setelah abis SRP, manakala  Omar  masuk kolej lepas  SPM.  Tapi mereka masih  rapat & berhubung antara satu sama lain.

Di pendekkan cerita, Omar  kemudian  keja kerajaan manakala si Ali mula berjinak-jinak jual ayam di pasar. Sungguhpun begitu, pendapatan  Ali lebih dari Omar , maklum le, perniagaannya maju, tambah pulak dia tekun, rajin, sabar, zakat tak lupa, selalu menderma dll...

Omar  pun kira ok , cuma beza ketara antara keduanya ialah si Ali ni kerjanya tak le glamour, bau hamis ayam ..tak de bush jaket, tak de tie dll... Ahhhh tak kisah le tu.

Satu hari (masing2 masa tu dah berusia ard 45thn) , si Omar datang jumpa Ali nak pinjam duit. Walau malu sbb dia keje gomen div B banding Ali yg keja jual ayam (jgn lupa..dia tokeh ayam tau).. tapi digagahii juga sbb dah terpaksa. Iaitu nak buat opeation penyakit isterinya yg tersayang menelan belanja agak banyak.

"Nanti aku pencen dapat gratuti, insyaAllah aku bayar le. masa tu anak2 aku innsyaAllah dah berdikari,  InsyaAllah ringan le"...    "Tak pe, tak pe" , kata Ali yang baik hati & simpati.

Maka, termeteri lah perjanjian pinjaman RM50,000 antara mereka tanpa diketahui org lain, selain lowyer.. sbb duit tu banyak juga, lagi pun mereka faham agama yg menyarankan pinjaman2 hendaklah bertulis (ape lagi le amaun yg banyak, klu setakat RM50.00 tu klu tak dpt langsai bole kira halal kot.)

Masa berlalu,  setelah 5 tahun, isteri Omar akhirnya  meninggal. Dlm pada tu dia  dah naik pangkat & agak sibuk. dan jarang2 le contact Ali. Mcm tak ingat aje hutang si Ali tu. Ye le, kan dia kata pencen nanti baru bayor..(apo le tuduh bukan2 hehe..)

Nak dijadikan cerita, selepas 2 tahun isterinya meninggal, Omar kawin lain, dgn PA dia yg cun melecun umur 30 tahun.. (jangan marah, ni dah jodoh....) Omar pula dah  52++ tahun.
Selepas setahun dapat anak Omar  pun bukan sihat sangat.. apa lagi badan dah sakit2 & season ni, kena layan isteri muda, anak kecil, antor nursery, tolong salin lampin, buat susu dll,  hatinya kadang2 berbisik juga, 'sepatutnya aku dah ulang alik surau / masjid ni, tapi nanti bini aku mengamuk pulak... alahai... tak pe, yg penting dapat isteri muda "..

alamak, panjang dah tulis ni..kita sambung le .. harap bersabor!!

layan masak ayam panggang dulu..

02 December 2011

Nak Marah?

Marah..
Semua pernah marah kan?(Tak mustahil akan marah lagi, bila keadaan mamaksa..huhu).
Masing-masing ada sebab tertentu kenapa marah. Dan orang2 sekeliling/terdekat pula, ada cara-cara tersendiri bagaimana manangani orang yang sedang marah.

Dalam  al Quran, antara kisah mengenai 'marah' ni, ialah  kisah Nabi Musa as. Sehinggakan para ahli tafsir ramai yang melebelkan bahwa Nabi Musa as seorang yang agak keras (pemarah) wataknya.

Antaranya terhadap saudaranya (ramai ahli tafsir mengatakan 'abang') iaitu Nabi Harun.
Secara ringkas, marahnya kepada Nabi Harun kerana anggapannya bahawa  abangnya sangat lemah untuk menghalang perbuatan sesat kaumnya  (Bani Israil  yang ditimbulkan oleh Samiri) sepeninggalan  Nabi  Musa as untuk bertemu Allah.

 " ...'.buruk sekali apa yang kamu kerjakan, menggantikan daku sepeninggalanku. Apakah patut kamu mendahului perintah Tuhan kamu?' Lalu dilemparkannya alwah(yg mengandungi tulisan Tawrat) itu dan dipegangnya kepala (rambut) saudaranya seraya di tariknya ...." (Al-A'raf /150)

" ..(Nabi Harun) berkata: 'Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum itu memandangku lemah & nyarislah mereka membunuhku. Sebab itu janganlah engkau gembirakan musuh terhadap aku, & janganlah engkau masukkan daku bersama kaum yang zalim." (hujung ayat 150)

Cara Nabi Harun as menghadapi kemarahan Nabi Musa as, mula-mula disebutkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan halus Nabi Musa, dengan dipanggilnya 'wahai anak ibuku'. Dia faham sifat Nabi Musa, dia boleh sebut 'wahai adik kandungku!'. Tapi 'wahai anak ibuku!', lebih mendalam  kesannya  --> bukan orang lain aku ini bagimu, dari satu perut yang mengandungkan kita!!.

Lantas dengan panggilan itu, mulailah surut marah Nabi Musa & mudahlah bagi Nabi Harun meneruskan keterangannya, yang akhirnya menyesallah Nabi Musa as atas kemarahannya yang meluap-luap tadi.

Segeralah dia memohon kepada Allah, "..Ya Tuhanku, Ampunkanlah akan daku dan akan saudaraku. Dan masukkan lah kiranya kami ke dalam rahmat Mu, kerana Engkau adalah paling Penyayang darisegala yang penyayang" ..( ayat 151 Al-A'raf)

Antara Pengajarannya:

1) Marah kerana Allah memang digalakkan (manusia dijadikan Allah  melahirkan marah  berbeza-beza)

2) Yang berhadapan dengannya mestilah bijak, supaya marah tak berlarutan yang mendatangkan kerugian kedua-dua pihak. (Dalam kes Nabi Musa & Nabi Harun, Nabi Harun (lebih tua/pangkat abang) lebih memahami watak adiknya.)

3) Walau bagaimana pun kadang-kadang kerana belum/tak mengenal watak seseorang, dan masing-masing tak mau mengalah atau tak tau cara untuk meredakan --> atau pun kerana tak tau cerita sebenar di sebalik peristiwa yang hanya nampak zahir,  maka terjadi pertelingkahan/permusuhan, dendam yang berpanjangan.

4) Berbalik iktibar dari kisah kedua Nabi tersebut, apabila si pemarah telah reda, yang kena marah hendaklah diberi peluang menerangkan hal sebenarnya.

5) Apabila telah tau cerita sebenar, si pemarah hendaklah berlapang dada & memohon ampun pada Allah untuk dirinya & orang yang dimarahnya, kerana masing-masing ada kelemahan.

6) Sebaiknya sifat marah dikurangkan sikit demi sikit.. sebab dengan keadaan sekarang ni, memang banyak perkara yang kita nak marah, kat kucing la, kat pemandu tak berdisplin le, kat artis le, malah kat diri sendiri..(kes Nabi Musa tu berbeza), --> nanti kita yang tensen.. istighfar dulu, amik wuduk, mohon pada Allah ---> lepas tu...terpulang le ikut kes masing2..

(Ringkasan dari Tafsir AlAzhar/Dr Hamka)
Jangan le marah-marah..  Jom pekena teh tarik spesial (resipi KadiKluang)

30 November 2011

Salam Maal Hijrah

Biar lewat, dari tak de lansung.
Lewat apa? Ni ha.. nak ucap salam Maal Hijrah, terutama pada diriku sendiri, keluarga, dll khasnya para pembaca, tak lupa guru2ku esp ustazah Salbiah Omar.

Selain belajar quran & isinya, beliau mengajar kami mempraktikkan dengan berjemaah (berkongsi/bersama-sama menyediakan menu, makan minum bersama,  mengembara, bersilturrahmi,  berkongsi kenderaan, membeli buku2, menyumbang utk projek2 Allah,  dll....)..-->   mudah2an kami merasai/menjiwai  apa yang Rasullaullah saw buat bersama-sama para sahabat --> menghadapi  dugaan, ujian ,pengorbanan,  kegembiraan, wlu tak seberat perjuangan mereka.

Kerana tau saja (teori) lum cukup, klu tak dipraktikkan. Sebaik2 cara utk praktikkan ikut sunnah ialah dgn berjemaah. So mulakan dengan  2 org pun tak pe, di kalangan bukan keluarga (klu keluarga tu memang sepatutnya le) ...
Alhamdulillah! itulah yang mampu aku katakan.. Syukran ya Ustazah..
(akan diteruskan hingga akhir hayat insyaAllah)
di masjid al Falah USJ 9

ALLAH bersama saya


Orang cerdik/berakal? . Di antara  ciri2nya yg ALLAH sebut dlm Quran:

iaitu : org yang menyebut & mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk & semasa berbaring mengiring & mereka pula memikirkan  tentang kejadian langit & bumi (sambil berkata) : "wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, maha Suci Engkau, maka peliharalah kami kami dari azab neraka" (Ali Imran ayat 191).

So, bila nak berfikir,  berkata, menulis & melakukan sesuatu ......ingatlah ALLAH ;
Sesungguhnya Allah bersama saya, Allah perhatikan saya & Allah menyaksikan saya.

InsyaAllah kita dapat menghalang diri daripada melakukan perkara2 yg laro & sia-sia
.
Kadang2 kita tak tau samada perkara2 tu laro, sia-sia, berfaedah, atau mendatangkan kesukaan ALLAH,  sebab itulah ALLAH menyarankan kita supaya menuntut ilmu ...

(Klu dapat hafal ayat di atas, mula ayat 190-194 sangat2 le bagusssss.......!!! - yg dah hafal --> tahniah, yg lum --> jadikan salah satu azam hijrah)

28 November 2011

Nak ke Tak Nak Ni? (bah 2)

 Solat Berjemaah di rumah2 Allah (khas untuk lelaki):

Dailog antara seorang isteri & suami yang disayanginya: (dipetik dari mana ntah..lupa dah!)

Isteri (I) : Bang, bang yg sangat2 ku sayang, jum le pi solat jemaah kat surau. Nak masuk waktu dah ni.
Suami (S) : Eik? tak pernah2  sebut pasal  ni, apasal?

I : Ye le, kita dulu sama2 jahil..la ni alhamdulillah saya dah belajor, jadi saya ajak le awak.
S : Setahu saya org lelaki yng dituntut, awak tak payah le pi.

I : Eik? tau juga suami ku yg ku cintai ni bahwa  lelaki lebih dituntut. Alhamdulillah. Sebab tu saya ajak awak.
Saya ni kalau nak diikutkan lebih utama solat kat rumah, tapi kalau saya nak pi, tak boleh dilarang. Lagipun saya ni bukan cun melecun lagi, tak datangkan fitnah insyaAllah. Lagipun lepas solat nanti ada kelas ustazah kat surau tu..

S : Pandai awak sejak belajar akhir2 ni.. Awak pi le, sebenarnya..sebenarnya..sebenarnya...
I : Ok la.. sebenarnya abang ni nak pi ke tidak?

S : Lum nak lagi....Awak tolong doakan saya ye...
I : InsyaAllah..

Maka pi le isteri tu ke surau solat jemaah, sedangkan suaminya di rumah.
(sebenarnya dia malas nak pi,  tapi malu nak beritau isterinya).
Manakala isterinya pula lepas solat, tak lupa doakan untuk suaminya, dalam majlis ilmu pun dia berdoa juga kerana diberitahu dalam majlis ilmu malaikat ada brsama2 & mengaminkan doa mreka2 yang berdoa.

Hari2 seterusnya, berlalu sama..isterinya tak putus berdoa, solat taubat, tahajjud, majlis ilmu.. hingga la satu hari:
Suami : Awak nak pi mana?
Isteri : Surau le, lepas solat ada kelas. Kenapa lak? kan biasa saya pi kelas hari ni.

S : Bukan apa, tu ha, hujan renyai2 ..
I : Alah, hujan renyai aje, bukan ribut topan, banjir.  Kereta, payung kan ada. Selama ni dalam keadaan selesa, Allah nak uji pula dengan kurang selesa sikit.  InsyaAllah kalau lulus ni, tambah kuat semangat & iman.


S : Yo la tu... pi le.
I:  Bye suami ku yg Allah sayang, assalamualaikum!

Maka isteri pun masuk kereta, bila nak start, tiba2...
Suami : Tunggu Nor..
Isteri : Apahal bang?

S : Abang nak pi sama..
I : Alhamdulillah !!

Dalam kereta :
S : Nor.. bila nor kata " Allah sayang..." , entah kenapa tiba2 kuat perasaan nak pi solat berjemaah kat surau .Selama ni kita jarang sebut perkataan tu, sebaliknya, "orang sayang le, awak sayang le, bukan tak boleh, tapi "ALLAH sayang ni" lebih powerful.

I : Alhamdulillah, tu semua kerja Allah.
S : Dan awak pun jarang merungut2 kalau saya tak nak pi..

I : Saya cuba insyaAllah... hehe.. (dalam hati : 'dia tak tau aku merungut2 juga, tapi selagi aku bole sabo, aku sabo le.., lagipun laki aku ni bab solat berjemaah aje dia agak kantoi, lain2 tu kira ok le.. nafkah, tolong keja rumah, dll ..kira ok)

S : Terima kasih nor sebab rajin attend majlis ilmu, sebab  tolong abang, sepatutnya abag sebagai suami yg ajar isteri & anak2.  Nor pulak yg ajar abang.
 I : Sama2 le kita bantu membantu..  Apa yg penting    ....?
S& I :   Kerjasama.. weei..

 Sejak itu mereka sering pi solat bersama.. Malah suami lebih kerap..

Antara Alasan/Sebab2 TAK NAK pi  ialah:

Kalau waktu Subuh tu -->  biasanya sebab belum bangun tidur, ngantuk. /jauh / tak dengar azan/ solat berjemaah biasanya lambat sedangkan banyak urusan nak buat seperti  antar anak pi sekolah, atau sendiri perlu  pi keja sebelum subuh/aku masih muda,/ org lain pun tak pi / tolong isteri bungkus nasi lemak/ malu ...dll

Ok le yang terpaksa pergi keja, antar anak sekolah, kejar bas dll tu mungkin boleh terima kot,  tapi what's about kalau cuti? -->  Kalau  dia tak pi juga walau dia free,  memang dia TAK NAK. Jadi dia create le macam2 alasan..

Yg alasannya ngantuk, tak dengar azan dll tu, senang aje klu hati memang NAK , antaranya ---> pasang niat, tido awal sikit, kunci jam  dll (sesekali miss tu biasa le..)

Begitu le dengan waktu2 lain . Di mana-mana dia berada, dia akan cari peluang untuk solat berjemaah, di pejabat ke, di R&R ke, di rumah ke, walau lewat waktu.
(Tak dapat full 5 waktu, sekurang2nya dalam sehari dapat 2 waktu pun kira ok, di peringkat awal ---> kemudian tingkatkan sikit2.. )

Ganjaran di dunia? Tak nampak?
Yg pi solat jemaaah pun tak de beza?
Ye le, kalau nak ukur tentang harta benda (biasa le manusia ni ukur rezeki hanya pada harta aje), kadang2 yag rajin solat berjemaah tu lebih miskin.
Tapi kan ---> suka, rajin & istiqamah solat berjemaah tu kan rezeki? Ni yang ramai tak perasan...
Layan tido dulu le.. nanti nak solat jemaah

23 November 2011

Nak ke Tak Nak Ni?

Pi Majlis Ilmu

Mek (M) & Ani (A) berjiran, masing2  >50, tinggal bersendirian.

M : Ani,  nanti lepas asar ada kelas ustazah kat surau..
A : Maaf le Mek, anak aku nak datang petang ni ...
M : Jam berapa?
A : Lepas maghrib..
M : Ha.. lepas maghrib? Kelas tu habis lum pun maghrib..
A : Ye le, aku nak masak ni.... kalau ko beritau awal aku bole prepare awal..
M : Ani, sebenarnya ko ni nak pi kelas, ke tak nak?  Kalau ko nak pi, Allah akan mudahkan, tapi kalau tak nak, macam2 alasan le..sedangkan mudah aje tu.. Aku boleh tolong ko balik dari kelas nanti..
A : Er, er, er.... bole ke? tak susah2 kan ko ke?
M : Tak, insyaAllah.. lagipun rumah kita bukan ada sapa2 ...
A : ye le.. ye le...

(Akhirnya, Ani  mengalah, dia pi kelas  bersama-sama Mek, dapat ilmu, malah sempat pula masak utk anaknya, dengan kerjasama Mek. Kan cantik tu....)

Biasanya , terdapat beberapa alasan kenapa  TAK NAK pi majlis-majlis ILMU antaranya:

Dah tau / tak de masa / terasa macam kena sindir / kena bayar yuran, derma / tak tau mengaji , malu / ada kerja lain / suami tak beri / tak bole miss cerita sinetron / yg selalu pi pun sama aje mcm aku...dlll..

Jadi macam mana ye nak buat? Ajak tetap ajak...jangan jemu, ajak le dengan senyum .. sebab kadang2 Allah nak beri peluang raih pahala dengan sabar dalam ajakan  & sampai menyampai tu, mana tau ajakan yg ke 1000 baru terbuka hatinya..

Dalam kita ajak tu kita cuba tolong selesaikan masaalah dia, misalnya kalau dia kata sibuk, rancangkan untuk atasinya. Sebab 99% penyelesaian diperolehi  melalui mesyuarah &  berbincang , cuma nak cuba atau tak.. Dan, jangan lupa....INI sangat PENTING, apa dia? --> MOHON LE PADA ALLAH AGAR DIMUDAHKAN SEGALA URUSAN. (ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR)
You ni comel le ...jom pi majlis ilmu

22 November 2011

Imarahkan Rumah Allah

Ramadhan lepas saya sempat menonton  'Tanyalah Ustaz' TV 9, seorg belia menanyakan pada ustaz Zahazan antara lain mengenai antara sebab orang2 muda kurang minat imarahkan rumah2 Allah ialah sikap sesetengah org2 dewasa/tua di masjid/surau tu. Dia tak beri contoh2, tapi saya andaikan beliau pernah mengalami peristiwa agak kurang selesa kot.

Saya andaikan gini aje :
Imarahkan rumah2 Allah (terutama lelaki) dgn solat jemaahnya, gotong royong dll, SANGAT2 lah  disukai ALLAH  & RASUL saw --> oleh yang demikian, syaitan  menggoda/menghalang bukan calang2 punya, maka BUKAN KERJA MUDAH untuk tundukkan  syaitan tu yg disokong oleh nafsu sendiri (esp nafsu malas).

Macam mana menanganinya? Senang aje --->  lawan dgn IMAN  yg mantap & niat semata2 keranaNya.

Ok,katakan  iman kita dah dapat kalahkan syaitan & nafsu tu, maka  kita pun melangkah le ke masjid atau surau. Jangan fikir syaitan tidur pula, kan dia tak pernah putus asa!! Diduganya pula melalui  AJK ke, tok imam ke, dll dgn  misalnya mereka menegur  cara kita berpakaian  (maklumle ari tu kita pakai TShirt bola MU atau yang ada gambor kumpulan rok dll ke). Maka hati kita pun tak puas hati, geram & ---> bye bye bye le, tak de le nak pi lagi.....(depa ni pun satu, puji2 le dulu budak2 tu, tak sempat kursus 'komunikasi' atau 'macam mana berinteraksi dgn remaja' dll  kot!! ...sedih, sedih... setan pula kata 'berjaya juga aku'.)

Atau pun datang ke surau/masjid  dah diarahkan buka kipas le, bentang sejadah le dll .(tu semua bukan keja aku?)   . dan macam2 le dugaan..

Ulasan saya ringkas aje..

Bila ilmu & iman  mantap, insyaAllah alasan2 tu boleh tolak ke tepi. Apalah sangat, bukan depa menyakiti fizikal kita, setakat sakit/terguris sikit hati, berlapang dada le..  Sebenarnya ALLAH buka jalan2 untuk mendapat pahala pada kita melalui perkara2 & ujian2 tersebut. Sepatutnya senyum & ucap 'Alhamdulillah' ..

Tak buat & tak amal, macam mana nak rasa nikmat iman? Tau (ilmu) saja lum cukup.

Selamat imarahkan rumah2 Allah,  harap maaf semuga ilmu & amal kita  lebih baik dari sebelum2nya, apalagi di saat tak lama lagi kita menyambut tahun baru hijrah -->  Amin.
gambo hiasan - surau beso, kariah lelakinya setakat ni memang tu le..(ihsan ADTEC Kemaman)

11 October 2011

KepadaMu ku berserah



Antara zikir2 yang mesti dihayati & dihafal. Bukan apa, sebenarnya juga merupakan doa .. kita berserah bulat2/sepenuhnya pada Allah agar memandu kita dalam urusan dunia ni kerana Dia lah yang Maha Mengetahui yang TERBAIK/THE BEST untuk kita. Jadi klu dah hafal, boleh lah dibaca dalam sujud akhir terutamanya, di samping doa2 lain.
Setelah mengamalkan & menghayati zikir/doa ni, sekiranya kita telah berusaha utk capai sesuatu dgn berpandukan akal & ilmu semasa, tetapi lain pula yang jadinya (yang biasanya kita  tak terfikir & yang berapa menyeronokkan), maka kita akan berlapang dada. Dalam bahasa mudah : Ada le  hikmahnya tu..

Yakinlah, yakin lah, yakinlah, dengan menyerahkan urusan kita padaNya, serta sabar dgn dugaannya, tak merungut2, tak menyalahkan pihak2 lain sepenuhnya, rupa2nya Allah nak beri yang lebih baik di sisiNya. Mungkin mengambil masa yg singkat, mungkin agak lama, mungkin.... hanya Allah yang tahu.

Apa yang penting ----> lidah, hati, perbuatan kita sentiasa ingat Allah dgn menyebut, memahami, mengamalkan & menyampaikan.

(ps: Alhamdulillah, Ustaz Amal dah mudahkan utk kita menghafalnya ... tak rugi klu beli CD yg baik2 ni, pasang kek radio masa driving ke.. aman & tenang rasa.. nak marah masa jem pun bole cool ....hehe..)

08 October 2011

Baca, Hafal, Faham & Amalkan ye

At-Tawbah (surah 9/ayat 128 & 129)

(Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad saw), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat meninginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman.

Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) :"Cukuplah Allah bagiku (yang menolong & memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadanNya aku berserah diri & Dialah yang memiliki 'Arasy yang agung")  (Terjemahan Mushaf Yayasan Restu)

(antara cara nak hafal --> print besar2 & tampal kat dinding, tempat yg mudah/selalu kita pandang).

03 October 2011

Tetamu

Lama tak posting ... 
Hari ni masuk 11 bulan tinggal di ADTEC Kemaman.
Sekejapnya masa berjalan ..
Masa mula2 datang, tetamu awal  kami ialah makhluk2 di bawah ni le. Yg dulu malu2 (yg kelabu tu), sekurang2nya dah nak bercampur le ..esp waktu makan. Tak pe le, sekurang2nya depa nak makan berjemaah & sharing. 
Tetamu kena layan baik2 esp dlm tempuh 3 hari ... (ni dah masuk setahun ni, guane?)
Makan le ye sama2 .. seadanya
Aku dah kenyang .. tinggal le ye..bye!
Biasa le, depa tu gelojoh .. aku sopan, sbb tu lambat .. ni mesti aku kena kemas lagi ..

11 August 2011

Azan






Post kali ni mengenai Azan. Pada pandangan saya, semua lelaki Islam yang dah baligh mesti tahu azan. Agak ramai yang lepas pandang  biasanya pada dua (2) tempat berikut, menyebabkan laungan azannya tak berapa cantik:
1) Bila lafaz Allahu Akbar, Allahu Akbar  tu disambung, baris depan pada huruf 'ro' tak disebut untuk disambung pada sebutan Allah.
2) Sebutan huruf  '...falakh' tu di sebut 'falah' ..

Tentang lenggok, lagu tu tak pe le kalau sumbang ke atau ikut nada masing2, tapi kalau sering praktis, boleh cantik!! Cubalah  improve.  Apalagi yang muda2 tu, tenaga masih kuat. Mana tau ada bakat terpendam yang selama ni sendiri tak tahu. Digunakan pada jalan Allah. Mudah2an di syurga bersama2 Rasul saw & sahabat2 antaranya Bilal. Subhanaullah.

Selain ketika masuk waktu solat fardu, azan juga disunatkan ketika terjadi kebakaran, bencana alam, musafir, dirasuk syaitan dll.



06 August 2011

Ramadhan di ADTEC Kemaman (3)

Pejam celik pejam celik dah hari ke 6 puasa tahun ni. Subhanaullah.. cepatnya masa berlalu..
Ek? 4 org aje? ..Mlm 6 Ramadhan staf ramai balik kg.. Kan kek Tggnu kite cuti Jumaat & Sabtu. Imam besar & no2 pun balik kg jumpa keluarga. Tak pe imam kecemasan ada insyaAllah.
Ha ni, lagi sikit. Ni mlm 5 Ramadhan..Dah mmg staf yg tinggal kuarter x ramai, ape nak buek..
Begini le sepatutnya..kuis2 aje sawang2 tu sikit2.. hehe..
Selamat mengerjakan ibadah puasa .. semuga ceria & maaf atas segalanya.

03 August 2011

Ramadhan di ADTEC Kemaman (2)

Hari  ke 3 (Ramai sikit dari sebelumnya):
Berbuka nasi ayam. Buffet sekali seminggu, dlm dulang hari2 lain insyaAllah.
Kanan - Imam Besar Surau  ADTEC Kemaman
Giliran Imam No 2 mengimamkan solat

Ramadhan di ADTEC Kemaman

Suasana awal Ramadhan di ADTEC Kemaman 2011/1432H.
Bersama beberapa kakitangan yang sama-sama tinggal di kuaters. (Pelajar2 masih belum ada).
Saya cuba panjangkan  suasana berbuka puasa semasa saya & jemaah di Seremban sebelum ni di 'pondok' Rayyan bawah bimbingan Ustazah Salbiah Omar. Terima kasih ye Ustazah. Mengikut apa yang Nabi saw sarankan . Berbuka berjemaah, apalagi di rumah Allah, kemudian solat Maghrib berjemaah & seterusnya. Subhanaullah. Semuga kami dapat teruskan sepanjang Ramadhan ini & semuga Ramadaan ini lebih baik dari yang dulu2 , Amin.

Hari Pertama (tak ramai sbb ada yang cuti, outstation dll).
Sama2 makan berdulang (ada yang pertama kali)
Alhamdulillah, tak membazir....
Rindu pada mu ya Rasulaullah saw.

27 July 2011

Puasa


A :  Hari ni aku sakit, takleh pose. Lagipun aku keja teruk hari ni..
B : Tu le alasan ko setiap tahun. Sakit lah, gastrik le, pitam le, macam2!
     Cuma datang haid aje aku belum dengar!







A: Kita kena jaga tutur kata & perbuatan kita supaya kita dapat pahala puasa yang sempurna.
B : Betul tu! Aurat pun kena tutup dengan sempurna supaya malaikat tak tolak markah kita sepanjang masa..


(memanjang2 perkara baik dari Komik KO Nov 2000, semuga Allah merahmati pelukis & pihak2 yg terlibat)

25 July 2011

Musuh-Musuh Iblis

Jom semak  siapa  musuh2 IBLIS, antaranya:

Orang2 BerIMAN yang:
1) Pengasih & penyayang
2) Suka memberi nasihat
3) Sentiasa bertaubat
4) Berakhlak mulia
5) Tidak bakhil
6) Memberi manfaat kepada masyarakat
7) Sentiasa dalam keadaan berwuduk
8) Tak mau melakukan perkara2 haram
9) Tak melalaikan solat
10) Kaya yang tak sombong ...
dll..
 

(Komik LANUN 1999)



Kesimpulannya,

orang2 berIMAN yang menjaga  hubungan dengan Allah & manusia (masy) /makhluk  lain dengan baik
Walau bagaimana pun, sentiasa lah beringat, kerana iblis tak pernah penat & putus asa untuk menyesatkan orang2 beriman khasnya ..

Menegur & Kena Tegur

Katakan suatu hari, seorang  anak  berkata kepada ayahnya yang x pernah solat : "abah, maaf ye, saya tengok abah tak pernah solat, saya kasihan kat abah dll". (atau isteri berkata yang sama kepada suaminya)

Atau kepada ibunya yang masih tak tutup aurat :"ibu, tutup le aurat, ibu masih nak pakai jean ketat, mekup tebal dll...saya malu le bu.." 

Atau tiba2 seorang murid menegur gurunya depan murid2 lain : "cikgu, cikgu, semalam saya nampak cikgu tak pakai tudung kat emporium, tapi kat sekolah cikgu pakai tudung".

Atau : "ustaz, ustaz, saya dengar kat 'tanya lah ustaz' kat TV9, masak memasak ni bukan wajib bagi isteri, kenapa ustaz kata wajib? "    Dan banyak le contoh2 lain  --> boleh fikir sendiri atau sendiri pernah alami..

Biasanya dari contoh2 di atas tu, apa reaksi2 mereka yang kena tegur? Kalau yang menegur tu sebaliknya, mudah le & memang biasa & wajar (ibu bapa kepada anak2, suami pada isteri, guru kepada murid, pemimpin kepada rakyat dll --> sebab memamg dah tanggungjawab)  Ni sebaliknya pula.
Tentu mencabar kewibaan, keegoon, kecerdikan, kejantanan, dan macam2 ..Aduhai....bisa..bisa..

Bole berubah muka & boleh menyirap darah kita, kan, kan?  Mungkin kita akan menjawab seperti: "kau jangan sibuk hal2 orang tua", atau "kau budak2, tak baik menegur orag tua, tak de adab", "kamu tu masih banyak yang tak bagus, pandai nak ajor/tegur org tua, "  atau guru tu  akan 'mark' murid yang menegurnya sebagai kurang ajar dll. (mmg pun, kadang2 yg menegur tu bukannya betul pun, dia hanya pandai tegur & cari kesalahan orang aje..)

Apa pula ajaran Nabi saw? Mengikut ilmu saya yang SIKIT & TERHAD  ni, Nabi saw berlembut pada yang kebaikan & berkeras pada yang sebaliknya (yang tersangat degil memerangi Allah). . Setakat teguran2 tu, sebenarnya perkara kecik apalagi  yang ke arah kebaikan, cuma CARA mungkin kurang betul /kurang adab (pada pandanga kita le). Tapi kenapa tak dilihat secara positif? Antaranya:

"Alhamdulillah, anak aku (atau murid aku/rakyat aku/isteri aku/pekerja aku/org gaji aku..) menegur aku ke arah kebaikan. Mereka sayang aku rupanya.... semua manusia tak sempurna, termasuk aku. Aku bersyukur ya Allah kerana ada yang menegur, maknanya Kau menyayangiku...dll "

Then sejukkan hati dgn ucap terima kasih pada mereka, & pelan2 ajak mereka bersama2 perbaiki diri ...(masing2 ada kebaikan & kelemahan yg berbeza2)

Nabi saw apabila datang badwi kencing kat masjid apa baginda buat? (cerita ni cukup fames). Memang le badwi tu kurang ajor, para sahabat naik angin, tapi Nabi handle cara lembut, sbb badwi tu lum belajar adab (sifat semulajadi/budaya yang berbeza). Hikmah nya ade kan? Org2 lain dapat ilmu --> ilmu menyuci kencing dlm masjid .. Sbb Nabi saw berlembut, badwi tu suka pada baginda & mudah menerima ajaran .

Sydina Umar pula mengucap syukur & memuji rakyatnya yng menegur agar memerintah secara adil, kenapa kita tak bole terima bila yang lebih muda, rendah pangkat dll menegur.

So cuba le.. ditegur depan orang ramai memang malu, jadi sambutlah teguran tu dengan :"alhamdulillah, seseoraang menegurku, teguran yang baik2 " .(sambil senyum memanjang..)..
.(Klu masih tak puas hati balik rumah, muhasabah diri & ngadu pada Allah..)

Sama2 kita tegur menegur & sudi/berlapang dada bila kena tegur ---> semata2 menuju redha Allah.
Bukan mudah (eden pun lum tentu bole ke tak , nyampai2kan senang le --> tapi eden cuba, klu eden tak praktik apa yang eden tulis/cakap ke..tegur2 le eden ye, jgn malu2 ).

 gambo dari komik LANUN

20 July 2011

Andai Nabi saw bersama kita.

Prog ni kat TV al Hijrah Ahad 9.00 malam. (tajuk: Lau Kana Bainana Habib)



Banyak sangat perkara2 yg Nabi saw pesan kat kita yg kita tak buat, walhal sangat mudah.
Samada kita tak tau, lupa atau sengaja ..
Semuga dgn menonton program2 yg baik & menjauhkan dari program2 sebaliknya yang diniatkan semata2 kerana Allah --> kecintaan & kepatuhan pada Allah & Nabi saw bertambah & berterusan hingga kita menghembus nafas terakhir.

Mulakan dgn yg mudah2 dulu --> antaranya ialah dgn menggunakan jari2 utk klik komputer ---> program mana yg kita banyak abiskan masa? Tulisan bagaimana yg kita catatkan? Photo kita yang macam mana yang kita siarkan untuk tatapan semua orang ? Dll

Berbanggakah kita sebagai org Islam? Berbanggakah kita apabila mengenakan pakaian menurut Islam atau sebaliknya? Dll

Memang sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesilapan, semuga pesan memesan ni kita sama2 kembali padaNya.




(pesan mesan ini tak terkecuali utk diriku juga)

12 July 2011

Pencuri?

Saya jumpa video ni  dalam blog Ustaz Amin ---> maka saya panjang2kan le ni ..



 

Setelah melihatnya, sekurang2nya terbuka mata kita ttg keadaan sekarang ni, manusia sanggup buat macam2 yang  kita selama ni mungkin tak terfikir (maklum le kita selama ni insyaAllah ok kot ..)
Kita mungkin bertanya kenapa? Untuk belajar? Hadiah? dll, tapi depa tak mampu  beli. Atau.. untuk dijual?

Walau apa pun sebabnya, setelah tengok ni, saya baru teringat satu kisah:

Seorang hamba Allah A (bos di pejabatnya) didatangi seorang penjual buku2 agama  ke biliknya. Penjual tu tunjukkan satu buku agak tebal, yang tak de tulis harga (penjual tu cakap  sebab buku tu baru siap, sedang dalam percubaan & promosi).   Dia kata harganya RM120.00. Dalam hati bos kata "mak oi, mahalnya!!" (Sebab merasakan tak sepadan dengan buku tu, kira2 macam buku yg dicuri dalam video tu le bentuk & tebalnya)

Tapi A tak nak le tawar menawar sebab berpegang pada kata2 ustaz2, "hal2 agama ni jangan berkira". Maka dia pun beli lah. Balik rumah,  isteri A (yg agak biasa juga dengan buku2 seumpama ni), kata, " Paling mahal pun RM60.00 , agaknya dia tau awak bos, dia naikkan le harga. Dia pun pandai pilih buku2 yang tak de tulis harga". 

Samada cerita tu (& kisah2 lain) ada kaitan dengan video tu, hanya mereka & Allah yang tau. Kita jadikan iktibar. Kalau didatangi penjual2 buku samada di pejabat, di rumah, di R&R ke dll terpulang le pada kita. Nak beli --> beli le, tak nak beli --> abaikan.

Melainkan dari orang yang kita SANGAT2  kenal,  yang hasil jualan  buku2 untuk kebajikan.

11 July 2011

Cuba Elakkan / Jangan

Sengaja lewatkan solat. Kalau tertido atau betul2 dharurat tu lain cerita.

Tidur selepas solat subuh nanti disempitkan rezeki (rezeki mahal), kerana berpagi2 tu membuka pintu berkat & rezeki.  


Untuk berubah kepada lebih baik, semua bergantung pada hati & minda sendiri --> samada NAK atau TAK NAK. 
Kalau NAK --> alasan2 ditolak tepi, sebaliknya dicari jalan untuk membolehkan. InsyaAllah boleh. Tak cuba, tak tau!!
Kalau TAK NAK --> ada aje  alasannya.  (ada satu makhluk tu tumpang gembira).

(Sumber Komik OK April 1996)

Jangan Segan Bertanya


spr biasa --> klik utk gambo lebih besar.
(sumber: KO 2001)

10 July 2011

Tabligh/menyampaikan






(lagi dari komik KO)

Solat Jemaah

Sapa2  (khas untuk lelaki), yang memang melazimi solat berjemaah di rumah2 Allah, alhamdulillah.
Sapa2 yang dulu agak liat, sekarang dah mulakan langkah, walau tidak kerap, tapi sekurang2nye ade le di waktu2 tertentu tu --> alhamdulillah & teruskan dgn menambah ke arah lebih kerap.
Sapa2 yang masih lum tergerak hati, lawanlah bisikan2 negetif yang menghalang. Hanya yang punya diri yang tahu kenapa belum tergerak hati. Pohon lah pada Allah banyak2, kerana hanya Dia yang tahu masaalah anda & yang akan memberi kekuatan.

Sapa2 (termasuk saya ) yang mengasihi diri sendiri, ibu bapanya --> apa2 perkara baik yang kita  buat, ganjarannya untuk kita & kedua ibu bapa kita yang kita  kata sayang tu. Tak tau le kalau memang kita tak sayang diri kita sendiri & mereka.  Begitu le sebaliknya.


(Mengulang2 perkara2 baik2 ....Khutbah pun mengulang2  agar bertaqwa seminggu sekali kan?.)
 







(komik KO Ogos 2001 penulis & pelukis Aznan)

05 July 2011

An Nisaa' (2)

1) "buat biar sendat sikit ye!"




2) "kain biar belah macam ni, boleh la langkah luas2"


3)  "Ha! Ok tak idea aku? Eh! Kau bagi la idea, nak tambah apa2 lagi ke!"
4)  "Sebab dah terlanjur kau tanya aku..."
5)  Amacam? Untung tak dapat kawan macam ni?
(dari komik KO 2001)




An Nisaa' (Wanita)

Wanita2 (termasuk hambe), patuhilah garis panduan yang ditetapkan oleh Pencipta kita terutama bab berpakaian, solekan, pergaulan dll.... Pengiktirafan dari siapakah yag lebih patut kita utamakan? Allah, suami, majikan, kawan2  atau makhluk lain? Tentulah Allah (tiap2 org Islam sepatutnya tahu jawapan yang tepat).

Jagalah Allah, Dia akan menjagamu.

Dalam bab berpakaian, tak ditentukan fesen apa, berseluar ke, berjubah ke, baju kurung ke, dll, cuma Islam mengaris panduankan iaitu: menutup aurat, longgar, tak jarang (transparent) + kelihatan sopan, kemas, sederhana fesen & eksesori & bersih. Tentang warna (samada cerah atau gelap, ulama2  mengutamakan warna agak gelap, kerana warna tersebut membantu supaya tak transparent). (apa2 hal bab warna & corak ni terpulang, selagi tak menyebabkan transparent).

Sebagai manusia biasa, keinginan untuk mengikut fesyen2 terkini seringkali meluap2 (apa lagi ada bisikan2 yg mengatakan lebih kurang gini: "ko pakai fesen ni nampak muda, cute, macam anak dara wlu dah anak 5, nampak kurus, kalau pakai longgar nanti  nampak macam orang tua, member2 gelak/perli2, suami ko dah tak minat sbb tak cantik, dan, dan....." . Terus terang, saya juga pernah tergoda dengan bisikan2 seumpama tu masa muda. Ni yang nak kongsi ni..

Alhamdulillah, kerana kasih sayang & Rahmat Allah, dihantarNya seorang hambaNya menegur saya ---> Alhamdulillah bila balik rumah, fikir, fikir, fikir & lantas: "Ya Allah, terimakasih ya Allah. " . Mungkin tak berubah mendadak, tapi pelan2 ---> yang penting  ada keinginan, niat & azam, insyaAllah dibantuNya.  Masa tu kebetulan saya selalu pi site mengawasi projek2 di mana bertemu pekerja2 kontrak yg 98% lelaki, staf pula ramai lelaki,  jadi tak rasa kekok & sebaliknya confiden & yakin (apo nak buek, dah keje cam tu). Ya Allah, ampunkan dosa2 hambeMu & bantulah kami, hambe mu yang lalai & lemah. Amin.

Sebab tu le saya ingin sangat  mengambil kesempatan untuk menegur, mengajak  di sini ... yg masih lum berapa ok --> ke arah lebih baik, yang dah ok, alhamdulillah. Jangan risau, tak dapat pakai fesen2  terkini & hebat di dunia, di syurga mintalah apa2 fesen pun.. Amin . (Jihad tu)


komik dari majalah KO (Knockout Mazmumah) ogos 2001

Kan Elok Begini (2)


Saya harap komik2 yang saya paparkan lately, menyentuh hati2 anda ---> seterusnya mendapat manfaat & mengamalkan . InsyaAllah baik yang kita pohon dari Nya, baik lah yang diberiNya, begitulah sebaliknya.

maaf tulisan dah blur..(maklum komik dah agak lama) --> klik utk lebih besar.

Selawat

Nikmat terbesar yang Allah beri kepada hamba2nya / manusia  ialah Islam. Kita terhutang budi kepada Nabi Muhammad saw yang telah menyampaikan agama Islam  & kita mendapat nikmat Islam yang tiada taranya.

Oleh yang demikian, banyakkan lah selawat & salam kepada Baginda saw dalam setiap keadaan & waktu sebagai tanda cinta & kasih kepada Baginda saw.
Sesungguhnya selawat & salam tu amat besar fadilat & faedah2nya bagi umat Islam yang mengucapkannya.



dari Lanun 1999

04 July 2011

Kan Elok Begini

dari komik OK 1996
Panjang2kan perkara baik
semuga terkesan & amalkan

(tak de untung material deh! siarkan ni..harap2 depa tak saman)

Tazkirah ringkas dari Lanun

dari Lanun Mac 1999.

klik gambor 1x, 2 x utk lebih besar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...